|
|
|
|
 |
 |
 |
 |
|
|
Lawatan Pengerusi Kg. Batu Apar
16 - 19 January 2010
[Saturday - Tuesday]
OUM Library
|
|
Lawatan Pengerusi Kg. Batu Apar
16 - 19 January 2010
[Saturday - Tuesday]
OUM Library
|
|
Lawatan Pengerusi Kg. Batu Apar
3 Disember 2009
[Selesa]
|
|
Mesyuarat Pesta Kalimaran 2010
28 January 2010
[Saturday - Tuesday]
Main Campus
|
|
|
|
 |
 |
 |
 |
|
January 2010 |
| A |
I |
S |
R |
K |
J |
S |
|
|
|
|
|
|
1 |
2 |
|
3 |
4 |
5 |
6 |
7 |
8 |
9 |
|
10 |
11 |
12 |
13 |
14 |
15 |
16 |
|
17 |
18 |
19 |
20 |
21 |
22 |
23 |
|
24 |
25 |
26 |
27 |
28 |
29 |
30 |
|
31 |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
 |
|
Diketuai oleh seorang Penolong Akauntan dan dibantu oleh seorang Bendahari serta tiga orang Pembantu Tadbir. Menguruskan semua hal-hal yang berkaitan dengan pengawalan perbelanjaan serta perolehan Majlis Daerah Tenom.
Ia juga bertanggungjawab bagi menyediakan belanjawan dan penyata tahunan serta ditugaskan untuk mengawal dan menjalankan proses sistem maklumat berkomputer yang merangkumi :
- Sistem kutipan hasil
- Sistem Cukai Taksiran
- Sistem bayaran gaji dan kerja lebih masa
- Sistem perlesenan
- Sistem Perakaunan
OBJEKTIF
Mendapatkan Sijil Audit Bersih bagi penyata kewangan tahunan.
Bertanggungjawab memastikan perolehan hasil yang tinggi dan meminimakan tunggakan serta
mempastikan penjimatan dan perbelanjaan serta mengekalkan tahap perkhidmatan yang baik sesuai
dengan peraturan kewangan yang ditetapkan oleh kerajaan.
Membina imej akauntabiliti Majlis melalui pengurusan sistem Belanjawan, Kewangan dan Perakaunan
yang cekap dan berkesan.
Mempertingkatkan pendapatan Majlis dari punca hasil Cukai Taksiran Am dan Caruman Membantu Kadar
Meningkatkan kualiti kerja dan berusaha meningkatkan taraf dan mutu kehidupan dengan
menyediakan perkhidmatan yang lebih baik serta pembangunan sosioekonomi bagi mencapai objektif
Majlis
Menyediakan asas cukai yang tepat dan komprehensif
Mengemaskini rekod dan senarai penilaian
Merapatkan jurang perbezaan di antara hartanah
FUNGSI
Memberi perkhidmatan kaunter yang mesra, cepat dan tepat
Koresponden perihal kewangan Majlis dengan Kementerian/Juruaudit
Mengemaskinikan rekod-rekod perakaunan / buku daftar hasil / buku vot
Bertanggungjawab mengutip hasil dari sumber-sumber kewangan Majlis
Menyediakan penyata tunggakan hasil Majlis
Menyediakan baucer pembayaran / membuat pembayaran bagi bekalan, pembelian dan perkhidmatan
Mengawal rekod penerimaan / pengeluaran resit Majlis
Mempastikan bahagian kewangan Majlis Daerah Tenom berfungsi untuk menjalankan urusniaga harian
dan menyimpan buku-buku akaun yang betul dan mengikut tatacara yang teratur untuk semua
transaksi perakaunan Majlis.
Bertanggungjawab memproses perbelanjaan mengikut peraturan dan prosedur yang telah ditetapkan
Merancang dan mengawal semua aspek belanjawan
Penyediaan bil-bil hasil pada masa yang ditetapkan
Menyediakan dan mengemaskinikan penyata kutipan hasil
Menyediakan akaun bulanan / tahunan dan anggaran belanjawan Majlis
Memproses pembayaran mengikut jadual yang ditetapkan
Menyediakan maklumat kewangan untuk laporan audit
Menyediakan dan membuat pembayaran gaji dan elaun untuk semua kakitangan dan Ahli Majlis.
Bahagian ini bertanggungjawab kepada tugas-tugas menyediakan senarai penilaian harta-harta di dalam
kawasan MDT untuk tujuan Cukai Taksiran Harta Am. Menyelenggara rekod-rekod harta awam yang
didaftarkan ke dalam sistem taksiran berkomputer Majlis.
Bahagian ini merupakan satu punca yang penting untuk meningkatkan hasil Majlis melalui
pengenalpastian kawasan pembangunan / perumahan untuk dikenakan Cukai Taksiran Am.
Mengukur periksa dan menilai semula bangunan-bangunan baru dan bangunan sediada yang membuat
penambahan.
Mengukur periksa dan menilaikan semula bangunan-bangunan Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri
dan Badan-Badan Berkanun bagi maksud Carum Bantu Kadar.
Mengendalikan bantahan awam mengenai nilai tahunan harta.
Mengendalikan permohonan pengurangan kadar bayaran cukai oleh awam dan seterusnya memeriksa
harta berkenaan untuk mengesahkan permohonan tersebut.
Mengkaji kadar sewaan dari masa ke semasa mengikut keadaan semasa.
Mempertingkatkan pungutan hasil sebenar (cukai dan bukan cukai) ketahap maksimum
Menyediakan Penyata Saraan Gaji Tahunan
Menyediakan senarai nilaian, penyediaan dan laporan semua jenis harta bagi tujuan Cukai Taksiran Am
Menulis kenyataan taksiran bagi harta-harta baru dan mendaftarkan pindahmilik di dalam daftar taksiran
Menguruskan sewaan gerai/bangunan yang dibina oleh pihak Majlis Daerah Tenom.
Mengemaskini butir-butir pemilikan dan penyewaan sebagai satu asas nilaian yang berkesan.
Memberi penerangan kepada orang ramai tentang keperluan penilaian ke atas sesuatu harta yang
dimiliki.
PIAGAM PELANGGAN
Memberikan perkhidmatan yang cekap, tepat dan layanan yang mesra serta sentiasa membantu
apabila anda membuat aduan tentang perkhidmatan kami.
Menyelesaikan kutipan wang dalam jangkamasa 2 minit bagi satu bil tuntutan.
Menyelesaikan proses pembayaran dalam tempoh 1 minggu selepas menerima tuntutan dengan syarat
dokumen pembayaran mestilah lengkap.
Menguruskan perolehan mengikut prosedur perolehan dan mengeluarkan pesanan kerajaan dalam
masa 2 hari bagi pembelian yang telah mematuhi peraturan.
Memastikan semua maklumat mengenai cukai taksiran boleh diperolehi dan dibayar dalam tempoh 5
minit.
Pembayaran bagi tuntutan kerja dan bekalan akan dibayar selewat-lewatnya dalam tempoh 1 bulan
dari tarikh siap kerja atau barang diterima.
Kami menjamin taksiran cukai pintu dibuat dengan adil dan saksama tanpa prasangka. Kami juga akan
memberi peluang kepada pembayar cukai membuat bantahan dan rayuan.
Kami akan mengeluarkan Cukai Taksiran harta selewat-lewatnya pada 31 Januari bagi bayaran tempoh
pertama dan pada 31 Julai bagi bayaran kedua setiap tahun.
Kami sedia memberi kemudahan membayar cukai atau sewa secara ansuran dan resit akan dikeluarkan
dengan serta merta atas pembayaran yang dibuat.
Proses pindah milik akan siap dalam tempoh 1 hari dengan syarat dokumen yang dihantar adalah
lengkap.
Pengeluaran wang deposit akan disempurnakan dalam tempoh 3 hari dari tarikh penerimaan
permohonan.
|
|
|