Lawatan Tuan Pengerusi Kg. Batu Apar
16 - 19 January 2010
[Saturday - Tuesday]
OUM Library

Lawatan Tuan Pengerusi Kg. Batu Apar
16 - 19 January 2010
[Saturday - Tuesday]
OUM Library

Lawatan Tuan Pengerusi Kg. Batu Apar
3 Disember 2009
[Selesa]


Mesyuarat Pesta Kalimaran 2010
28 January 2010
[Saturday - Tuesday]
Main Campus



January 2010
A I S R K J S
1 2
3 4 5 6 7 8 9
10 11 12 13 14 15 16
17 18 19 20 21 22 23
24 25 26 27 28 29 30
31

Bagi melaksanakan tugas-tugas harian, Majlis dibantu oleh 18 orang Ahli Majlis. Ahli-Ahli Majlis ini dilantik oleh Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah di bawah Seksyen 6, Tenom District Council Instrument 1961, untuk tempoh selama dua tahun. Ahli-Ahli Majlis yang dilantik bertindak sebagai penasihat, pemerhati dalam menjaga kepentingan Majlis dan penggubal dasar-dasar yang sesuai dengan kuasa yang diperuntukan. Ahli-Ahli Majlis bertanggungjawab sepenuhnya keatas perkara-perkara yang berkaitan dengan penggubalan dasar, undang-undang kecil dan membuat keputusan.

Di bawah Seksyen 27, Ordinan Kerajaan Tempatan 1961, telah menyarankan agar Penguasa Tempatan dibolehkan untuk membentuk sesebuah jawatankuasa mengikut keperluan dan untuk sesuatu tujuan. Justeru itu beberapa jawatankuasa telah dibentuk dengan tugas-tugasnya masing-masing seperti yang tersenarai di dalam Peraturan Tetap ( Standing Orders ) Majlis Daerah Tenom. Kini Majlis Daerah tenom mempunyai 8 (lapan) buah jawatankuasa sepertimana yang termaktub dalam Peraturan Tetap Majlis, iaitu:-

  • Jawatankuasa Kewangan dan Perkara Am
  • Jawatankuasa Kesihatan
  • Jawatankuasa Perancang Bandar dan Pembangunan
  • Jawatankuasa Perlesenan
  • Jawatankuasa Pengangkutan dan Lalulintas
  • Jawatankuasa Tawaran
  • Jawatankuasa Cukai dan Rayuan
  • Jawatankuasa Temuduga dan Tindakan Tatatertib
  • Jawatankuasa Kecantikan Bandar


Setiap jawatankuasa seperti tersebut di atas mempunyai peranan, tanggungjawab dan bidangkuasa yang berbeza tetapi semuanya bergerak kearah matlamat yang sama. Dari segi hieraki, semua jawatankuasa melapor secara langsung kepada Majlis Penuh Majlis Daerah Tenom yang dipengerusikan oleh Pegawai Daerah. Jawatankuasa yang dibentuk adalah bertujuan bagi meringankan beban kerja Majlis Penuh, Majlis Daerah Tenom dan ianya tidak terlibat secara langsung dalam pergurusan harian Majlis yang diketuai oleh Pegawai Kerja.

Tugas dan tanggungjawab jawatankuasa-jawatankuasa tersebut adalah seperti berikut:-
JAWATANKUASA KEWANGAN DAN PERKARA AM
Membincang, mempertimbangkan dan membuat peraturan kepada Majlis Penuh atas semua perkara yang ada kaitan dengan;
  • Anggaran Tahunan dan Tambahan
  • Penyata Kira-Kira Tahunan dan pemerhatian Juruaudit Negara
  • Kadar, cukai dan bayaran
  • Mengkaji samula cukai-cukai
  • Membuat keputusan keatas cadangan perbelanjaan
  • Cukai-cukai keatas bangunan baru dan tanah
  • Syarat-syarat perkhidmatan, kutipan, bayaran elaun dan sebagainya
  • Perkara-perkara mengenai kebajikan pekerja Majlis
JAWATANKUASA KESIHATAN
  • Membincang dan membuat perakuan kepada Majlis Penuh atas perkara yang ada kaitan dengan :-
  • Pengutipan dan pelupusan sampah sarap
  • Kebersihan parit, kawasan lapang, pasar, jalanraya dan sebagainya
  • Kempen kebersihan termasuk penguatkuasaan "anti-litter"
  • Rumah penyembelihan Majlis
  • Penghapusan anjing-anjing yang berkeliaran
  • Kebersihan premis perniagaan
JAWATANKUASA PERANCANG BANDAR DAN PEMBANGUNAN
  • Membincang, mempertimbangkan dan membuat perakuan kepada Majlis Penuh berhubung dengan perkara-perkara seperti berikut :-
  • Pelan-pelan tapak dan bangunan
  • Pembinaan rumah-rumah haram dan pendakwaan
  • Pelan pembangunan untuk kemajuan pekan
  • Pelan-pelan untuk pecahan/pembahagian tanah
  • Menamakan jalanraya, rancangan perumahan dan tempat awam
  • Pelan-pelan jalan, parit dan sanitasi
  • Bengkel Majlis
  • Lampu-lampu jalanraya
  • Pengambilalihan tanah-tanah lapang
  • Merancang dan mengurus projek-projek/kerja-kerja pengindahan berkaitan dengan taman rekreasi, taman permainan kanak-kanak dan kawasan lapang yang diserahkan kepada Majlis
  • Merancang program-program memajukan semula harta-harta Majlis
  • Kesalahan Undang-Undang Kecil (Bangunan) dan kerja-kerja tanah
JAWATANKUASA CUKAI DAN RAYUAN
  • Membincang dan mempertimbangkan serta membuat perakuan kepada Majlis Penuh atas perkara-perkara seperti berikut :-
  • Bantahan terhadap cukai pintu atau cukai-cukai yang dikaji semula ke atas rumah-rumah dan tanah-tanah
JAWATANKUASA PERLESENAN
  • Membincang, mempertimbangkan dan membuat perakuan kepada Majlis Penuh atas perkara-perkara yang berkaitan dengan :-
  • Permohanan semua jenis lesen yang dikeluarkan oleh Majlis
  • Pemegang-pemegang lesen yang melanggar Undang-Undang Kecil Majlis
  • Dasar-dasar mengenai perlesenan
  • Pendakwaan
  • Pasar malam dan tamu mingguan
  • JAWATANKUASA TEMUDUGA DAN TINDAKAN TATATERTIB
  • Mempertimbangkan dan membuat perakuan kepada Majlis Penuh berhubung dengan hal-hal pengambilan kakitangan baru serta tindakan disiplin keatas kakitangan Majlis.

  • JAWATANKUASA PENGANGKUTAN DAN LALU LINTAS
  • Membincang dan membuat perakuan kepada Majlis Penuh berhubung dengan perkara-perkara seperti berikut :-
  • Menentukan peraturan-peraturan lalulintas
  • Menyediakan papan-papan tanda lalulintas
  • Pemasangan lampu-lampu isyarat
  • Penyediaan tempat letak kereta
  • Penyediaan stesyen-stesyen bas dan teksi dalam kawasan pekan
  • JAWATANKUASA TAWARAN
  • Membuka dan mempertimbangkan tawaran-tawaran tender serta kotasi-kotasi keatas projek-projek yang dikendalikan oleh Majlis.
  • JAWATANKUASA KECANTIKAN BANDAR
    • Membincangkan perkara-perkara yang berkaitan dengan landskap dan kecantikan bandar.
    GAMBAR AHLI-AHLI MAJLIS DAERAH TENOM