Landskap

CARTA ORGANISASI BAHAGIAN LANDSKAP

 

 

 

VISI

Menjadi peneraju dan pusat kecemerlangan dalam pembangunan Landskap untuk mencapai persekitaran hidup yang berkualiti, mapan dan beridentitikan Tambunan.

 

MISI

Memastikan pembanguan landskap yang terancang dan berkualiti bagi menyediakan persekitaran hidup yang kondusif.

 

OBJEKTIF

  • Mewujudkan persekitaran hidup yang bersih, indah, selesa dan selamat.
  • Memantau dan mengawal selia pembangunan landskap Daerah Tambunan.
  • Memelihara keseimbangan antara pembangunan dengan sekitar melalui Pelaksanaan Pembangunan landskap yang berkualiti dan mapan.
  • Memastikan pembangunan landskap, taman-taman awam, kawasan lapang dan kemudahan rekreasi yang berkualiti, berdaya maju dan “Kos Efektif”.
  • Meningkatkan profesionalisme dalam amalan perancangan, pembangunan dan pengurusan landskap Daerah Tambunan.
  • Mengenal dan memperkayakan sumber landskap Daerah Tambunan untuk faedah akan datang.
  • Menggalak pembangunan industry landskap.

 

 FUNGSI

  • Merancang, menyelaras, melaksana dan mengawalselia pembangunan landskap, keperluan kawasan lapang, kawasan hijau dan kemudahan rekreasi Daerah Tambunan.
  • Penguatkuasaan perundangan, pelaksanaan dasar dan garis panduan di pelbagai peringkat dalam perancangan, pelaksanaan dan pengurusan pembangunan landskap.
  • Menjana pembangunan dan pengembangan industri landskap.
  • Melaksana dan menyelaras aplikasi program penyelidikan di pelbagai bidang berkaitan landskap.
  • Menjadi penasihat kepada pelbagai peringkat jabatan dalam perancangan, pelaksanaan dan pengurusan pembangunan landskap.

  

PIAGAM PELANGGAN

  • Memberi maklumbalas kepada Jabatan Landskap Negara berhubung pembangunan Taman Awam Baru dalam tempoh dua miggu bekerja.
  • Mengemukakan permohonan peruntukan tanaman pokok yang lengkap kepada Jabatan Landskap Negara setiap tahun dalam tempoh 8 hari.
  • Mengambil tindakan serta-merta ke atas segala aduan awam berkaitan landskap.
  • Memberi khidmat nasihat teknikal pembangunan landskap kepada agensi kerajaan dan orang awam pada bila-bila masa apabila diperlukan.
  • Memberikan perkhidmatan landskap dengan kos yang berpatutan apabila diperlukan.

  

TUGAS-TUGAS DI BAHAGIAN TAPAK SEMAIAN BUNGA / KAYU

  • Membayung dan membibit bunga / kayu.
  • Memelihara dan menjaga kesuburan bibit bunga / kayu dan bunga pasu. 
  • Mengawal rumpai pada setiap pasu bunga dan bibit bunga / kayu.
  • Mengawal bunga pasu, bibit bunga / kayu daripada serangan serangga.
  • Melaksanakan kerja-kerja pembajaan bunga pasu, bibit bunga / kayu.
  • Melaksanakan kerja-kerja penyemburan racun serangga bagi bunga pasu, bibit bunga / kayu.
  • Membantu dalam kerja-kerja gotong-royong menanam bunga / kayu di kawasan pekan apabila diperlukan.
  • Mengawal stol bibit bunga / kayu dalam polybags.
  • Mengawal stok Baja, racun serangga di tapak semaian bunga / kayu.
  • Melaksanakan kerja menyiram bunga pasu dan polybags di musim kemarau.
  • Melaksanakan arahan daripada pihak atasan dari semasa ke semasa.

 

TUGAS-TUGAS DI BAHAGIAN PENYELIDIKAN, PEMULIHARAAN BUNGA / KAYU

  • Melaksanakan tugas untuk mencari bunga tempatan di hutan rimba untuk dibibit.
  • Melaksanakan tugas untuk penyelidikan samada bunga tersebut boleh dikomersial atau khas untuk digunakan sendiri oleh Jabatan Majlis Daerah Tambunan.
  • Membantu dalam kerja-kerja pengindahan landskap kawasan Pekan Tambunan dan kawasan landskap.
  • Menjaga peralatan stor di Taman Bunga.
  • Melaporkan setiap keperluan  landskap kepada Ketua Unit Landskap dari semasa ke semasa.
  • Melaksanakan arahan daripada pihak atasan dari semasa ke semasa.

   

TUGAS-TUGAS DI BAHAGIAN PEMBANGUNAN TAMAN DAN REKREASI

  • Menanam bunga, menyiram pokok bunga layu dan mati.
  • Memelihara dan menjaga kesuburan pokok bunga.
  • Mengawal rumpai yang tumbuh di kawasan pokok bunga / kayu.
  • Mencantas bunga / pokok kayu.
  • Memagar pokok-pokok bunga / kayu.
  • Membaja pokok-pokok bunga / kayu mengikut jadual.
  • Menyembur pokok-pokok bunga / kayu dengan racun serangga sebaik sahaja pokok bunga / kayu diserang penyakit serangga dikenalpasti.
  • Menjaga kecantikan landskap kawasan yang dijaga.
  • Menyiram bunga apabila musim kemarau.
  • Merlaksanakan arahan dari pihak atasan dari semasa ke semasa.

 

 

ALAMAT:

Majlis Daerah Tambunan,

Peti Surat 31,

89657 Tambunan,

SABAH.

 

NO.TELEFON: 087-770132

NO.FAKSIMILI: 087-774441

 FACEBOOK

Pelawat
United States 45.4% USA
Reserved 43.5% Reserved
Malaysia 9.9% Malaysia

Total:

25

Countries
00021332
Today: 3
Yesterday: 13
This Week: 84
This Month: 297