Soalan Lazim

Kesemua PBT terletak di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri masing-masing. Bidang tugas KKT&P adalah untuk menyelaras PBT-PBT tersebut dari segi penyeragaman dasar dan perundangan, memberi khidmat nasihat termasuk khidmat nasihat teknikal dan penyaluran peruntukan daripada Kerajaan Negeri dan Persekutuan.

Borang permohonan lesen berniaga boleh didapati di kaunter pejabat Majlis Daerah Semporna dan lesen perniagaan boleh didapati di kauntar Pejabat Daerah Semporna.

Cukai adalah cukai yang dikenakan ke atas pemilik dan penghuni pegangan berkadar yang terletak di dalam kawasan bidang kuasa Majlis Daerah Semporna.

Kutipan dari cukai pintu adalah perlu untuk menampung perbelanjaan Majlis Daerah Semporna dalam menyediakan perkhidmatan seperti penyelenggaraan, taman rekreasi, pemotongan rumput, lampu jalan dan tempat kemudahan awam untuk kesejahteraan masyarakat.

Sekiranya bayaran penuh tidak dapat dijelaskan, maka dalam kes-kes tertentu bayaran ansuran boleh dilakukan.

Lesen Perniagaan adalah lesen yang dikeluarkan oleh Pejabat Daerah Kerajaan Negeri dan Lesen Berniaga adalah lesen yang dikeluarkan oleh Majlis Daerah (PBT) mengikut daerah masing-masing.

bootstrap html templates