Sejarah dan Latarbelakang

Majlis Daerah Semporna telah ditubuhkan pada tahun 1961 mengikut seksyen 3 Ordinan Kerajaan Tempatan 1961 dengan merangkumi Keluasan kawasan perkadaran 683 ekar dan merupakan organisasi yang diletakkan di bawah Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan (KKT&P) Negeri Sabah.

Majlis Daerah Semporna (MDS) ialah nama bagi sebuah kerajaan tempatan atau pihak berkuasa tempatan (PBT) yang mentadbir kawasan perkadaran daerah Semporna. Majlis Daerah Semporna diketuai oleh Pegawai Elsekutif dan dibantu oleh beberapa Penolong Pegawai, Pembantu Tadbir dan Pekerja Awam serta Pekerja Rendah. Terbahagi kepada 5 bahagian iaitu Pentadbiran, Pembangunan, Kewangan, Kesihatan dan Penguatkuasaan yang masing-masing dalam bidangnya.

how to build a site