html site templates
Mobirise

Perutusan

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
Alhamdulillah, dengan limpah kurnia dan izin Allah S.W.T, dapat kita bersua dan berkesempatan melaksanakan amanah yang diberi.

Majlis Daerah Semporna (MDS) sebagai Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bertanggungjawab memberikan kualiti perkhidmatan dan kemudahan yang terbaik kepada masyarakat tempatan di daerah Semporna. Sehubungan dengan itu, sebagai Pegawai Eksekutif, saya akan memastikan bahawa tanggungjawab tersebut dapat dilaksanakan dengan cemerlang.

Di kesempatan ini, saya memohon agar pelbagai pihak dapat memberi sokongan bagi membantu Majlis Daeerah Semporna mewujudkan pembangunan mampan iaitu pembangunan yang berterusan untuk menjamin keselesaan komuniti masyarakat daerah Semporna dan pembangunan yang seimbang berteraskan kepentingan ekonomi, sosial dan alam sekitar.

Bentuk sokongan yang diperlukan daripada Jabatan-jabatan dan agensi-agensi kerajaan, pihak swasta khususnya syarikat pemaju, syarikat kontraktor, Pertubuhan-pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan komuniti setempat adalah dengan bersama-sama merencanakan pembangunan kawasan perkadaran Majlis Daerah Semporna, menyertai program-program sosio-kemasyarakatan yang dilaksanakan, melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai, sentiasa mematuhi undang-undang dan peraturan yang digunapakai oleh Majlis Daerah Semporna, memelihara kebersihan persekitaran, menghargai harta awam dan mengemukakan cadangan dan pandangan khususnya berkaitan mutu sistem penyampaian Majlis Daerah Semporna kepada masyarakat.

Dengan kerjasama dan restu berpanjangan daripada semua pihak, semoga matlamat Majlis Daerah Semporna untuk mewujudkan sebuah kawasan yang sentiasa bersih dan indah, selesa, harmoni dan maju dalam pelbagai bidang dan seterusnya menjadi sebuah Pihak Berkuasa Tempatan yang cemerlang dan terbilang di Malaysia akan datang.

Diharap dengan adanya laman web ini, penyampaian perkhidmatan Majlis Daerah Semporna dapat dipertingkatkan lagi dan usaha untuk memperbaikinya akan ambil perhatian bagi memenuhi kehendak masyarakat dari semasa ke semasa.
Sekian dan salam Hormat,

Ke Arah Perkhidmatan Telus, Bijaksana dan Efektif.

Harun bin Ariffin
Pegawai Eksekutif
Majlis Daerah Semporna