Bayaran Melalui JomPay

Pelan Strategik Pembangunan Papar-Blue Print

Acara Akan Datang

No events found.

Info Semasa

 

 

 

 

 

 

 

 

ORDINAN KERAJAAN TEMPATAN, 1961

(ORDINAN NO. 11 1961)(PINDAAN 2000)

 

NOTIS PENILAIAN HARTA BERKADAR

MAJLIS DAERAH PAPAR

(KAWASAN PERCUKAIAN, 2016)

 

Berdasarkan kepada peruntukan-peruntukan Ordinan Kerajaan Tempatan 1961, iaitu seksyen 74 dan 77, pembayar cukai dengan ini dimaklumkan bahawa Majlis Daerah Papar telah menjalankan penilaian ke atas semua yang boleh dikenakan kadaran di dalam kawasan “Operasi” Majlis Daerah Papar bagi tahun 2016 termasuk penilaian hartanah khas dan senarai Penilaian bagi harta-harta tersebut telah disediakan. Kawasan  ‘Operasi’ Majlis Daerah Papar meliputi :

Pekan Kinarut

Taman Palm Beach Villas

Kampung Samboi

Kampung Anak

Jalan Baru Kinarut – Papar

Kampung Pantai Bundusan

Kampung Buang Sayang

Perumahan Kuala

Kampung Takis

Kampung Sungai Padang

Kampung Kelanahan

Kampung Berundung

Kampung Ulu Sapat

Kampung Liwagu

Ulu Kimanis

Kampung Andus

Kampung Lanas

Kampung Brunei

Kampung Padang

Kampung Tarap Bongawan

atau kawasan-kawasan spesifik lain yang diarahkan oleh Majlis daerah Papar. Senarai penilaian dan salinanya boleh disemak dan diperolehi di Pejabat Majlis daerah Papar pada waktu pejabat.

Sesiapa yang ingin membuat bantahan terhadap penilaian tersebut hendaklah memberi notis bertulis kepada Pengerusi Majlis Daerah Papar sekurang-kurangnya 6 hari sebelum 07.04.2020 iaitu pada tarikh yang ditetapkan bagi pendegaran bantahan.Setiap Notis hendaklah menyatakan dengan jelas amaun penilaian yang dianggap oleh pembantah sebagai munasabah untuk menggantikan amaun yang dinyatakan di dalam Senarai Penilaian serta alasan-alasan bantahan bersama dengan maklumat-maklumat berkaitan. Yuran sebanyak RM 10.00 (Ringgit Malaysia sepuluh Sahaja) juga hendaklah disertakan.

Diperbuat di Papar pada 05 Mac 2020

Muat Turun Borang Bantahan Klik : Disini

 

KINI ATAS TALIAN (live chat)

Di Ruangan Aduan/Komen/Cadangan/Maklumbalas

 

 

  

Jadikan kawasan kita zon bebas sampah.

Bersama kta menegur dan melaporkan perbuatan Kutu Sampah.

Denda sehingga RM5,000.00 atau kompaun sehingga RM500.00

Undang-Undang Anti Sampah (Anti-Litter) By-Laws, 1984. 

"ANDA SEDANG DIPERHATIKAN"

 

KINI ATAS TALIAN (live chat)

Di Ruangan Aduan/Komen/Cadangan/Maklumbalas

 

 

PEMBAYARAN CUKAI PINTU/KADARAN

Boleh dibuat di Kaunter Pungutan, Bangunan Majlis Daerah Papar.

Bil hendaklah dikemukakan semasa membuat pembayaran.

Tunai, Kad Kredit / Kad Debit

Pembayaran Melalui cek atas nama "MAJLIS DAERAH PAPAR"(Akaun Syarikat Sahaja)

Suku Tahun Pertama.~ Januari.- Mac

Suku Tahun Kedua ~ April - Jun

Suku Tahun Ketiga ~ Julai - September

Suku Tahun Keempat ~ Oktober - Disember

Resit yang dicetak dengan mesin atau yang ditulis dan ditandatangai akan dikeluarkan bagi setiap pembayaran

 

 

KAUNTER HASIL PEJABAT MAJLIS DARAH PAPAR

Pembayaran Cukai Pintu

Pembayaran Cukai Tanah ( Land SES )

Pembelian kad kesihatan

Pembayaran borang sebutharga dan projek pembangunan

Pembayaran Proses lesen-lesen berniaga & operasi

Pembayaran sewa-sewa kemudahan awam

Masa perkhidmatan kaunter ini adalah :

 

Isnin - Khamis

8.00 Pagi

3.00 Petang

Jumaat

8.00 Pagi-10.30 Pagi

2.00 Petang - 3.00 Petang

 

 

 

Bayar Cukai perkadaran anda melalui JomPay :

 

 

 

Pengenalan :

  • Ditubuhkan pada  01 Januari 1962   (di   bawah Seksyen 3 LGO 1961)
  • Luas Kawasan Perkadaran – 2,777 ekar/1123.97 hektar 
  • Merangkumi 5   pekan utama  (Papar, Kinarut, Lok   Kawi,   Bongawan & Kimanis)
  • Perluasan Kawasan Perkadaran ke seluruh daerahtertakluk kepada pelaksanaan pembangunan.
  1. PAPAR            329.85 hektar/815 ekar
  2. KINARUT        448.11 hektar/1107 ekar
  3. LOK KAWI      45.32 hektar/112 ekar
  4. BONGAWAN   12.55 hektar/31 ekar
  5. KIMANIS        288.14 hektar/712 ekar

 

Peranan :

  • Merancang pembangunan di kawasan perkadaran.
  • Menjaga dan memantau kebersihan kawasan pekan.
  • Mengujudkan infrastruktur dan kemudahan sosial.
  • Menguatkuasakan Undang-undang dan Peraturan-peraturan.
  • Menyediakan peluang-peluang perniagaan kepada masyarakat setempat.