Kesihatan Dan Persekitaran
Tel: 088-916153
En. Irfan Datuk Haji Shuhaibun
En. Mohd Azril Ahmad

Unit Kesihatan & Persekitaran
Julkapli Osman (Pengawas)
Nordin Kassim (Mandur Lok Kawi)
Hajinan Kashim (Mandur Pekan Papar)
BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS PENGENDALIAN DAN PENGAWALAN KEBERSIHAN SERTA KECANTIKAN PEKAN KESELURUHANNYA.

1.Pemeriksaan rutin ke atas premis makanan seperti restoran, kedai kopi,kantin, kilang minuman botol,kilang roti, kilang kopi
   dan lain-lain makanan untuk memastikan segala peraturan dan undang-undang berkenaan dipatuhi.

2.Menyediakan laporan tentang permohonan lesen makanan seperti kedai makanan/minuman dan gerai makanan.

3.Mengadakan pemeriksaan dan kawalan ke atas pengusaha-pengusaha makanan dan minuman.

4.Menetapkan syarat-syarat perlesenan bagi lesen premis makanan/minuman.

5.Mengadakan pemeriksaan kebersihan bagi kawasan Pekan Papar termasuklah Pekan-Pekan kecil seperti KInarut, Bongawan dan
   Kimanis dari semasa ke semasa.

6.Menyelia kerja-kerja buruh ke atas kebersihan Bangunan Majlis Daerah, tandas umum, dewan, rumah sembelih, pasar, gerai,
   tamu, kawasan pelupusan sampah dan lain-lain.

7.Membantu Jabatan Kesihatan untuk mengawal penyakit berjangkit seperti kolera, demam denggi, kepialu dan lain-lain.

8.Setiausaha kepada Jawatankuasa Kesihatan.

9.Menyiasat aduan mengenai dengan gangguan dan pengendalian pemungutan sampah-sarap.

10.Menguatkuasa Undang-Undang Kesihatan Umum 1960, dan Undang-Undang Kecil Majlis yang ada kaitan dengan
    makanan dan kebersihan.

11.Meneliti Pelan bangunan untuk menentukan Kehendak Undang-Undang Kesihatan dipenuhi.

12.Membuat pemeriksaan keatas bangunan yang baru siap untuk menentukan syarat-syarat kesihatan yang telah disyaratkan
    telah dipatuhi berdasarkan pelan yang telah diluluskan.

13.Membuat pemeriksaan serta membuat program penyelenggaraan untuk saluran najis dan pam najis.


Irfan.Shuhaibun@sabah.gov.my
mdpprnet@gmail.com