Piagam Pelangan
- » Bahawa komitmen kami kepada anda adalah memberi perkhidmatan yang Mesra, Cekap dan Amanah.
- » Melayan Aduan-Aduan Awam dalam tempoh masa pejabat dan memaklumkan dengan segera atas kemajuan-kemajuan aduan.
- » Memproses dan menyokong permohonan lesen niaga dan operasi yang lengkap dalam tempoh 2 minggu.
- » Memproses dan meluluskan pengemukaan pelan pembangunan, bangunan, pembahagian tanah, pengubahsuaian bangunan dalam tempoh 2 bulan. Kelulusan adalah berpandukan ulasan-ulasan dan sokongan daripada jabatan/agensi-agensi teknikal.
- » Pengeluaran Sijil Menduduki Bangunan jika mematuhi syarat-syarat dalam tempoh satu minggu selepas menerima sokongan daripada jabatan/agensi-agensi teknikal.
- » Mengadakan sistem pemungutan sampah yang terkini dan boleh diamal sekurang-kurangnya tiap-tiap hari di kawasan komersial, 2 kali seminggu di kawasan perumahan dan sekali seminggu di kawasan luar bandar.
- » Menguatkuasa Undang-Undang Kecil Majlis tanpa pilih kasih:
a.Kebersihan-kebersihan dalam kawasan restoran ke tahap 90%.
b.Kebersihan perparitan ke tahap 80%.
c.Peniaga-peniaga/penjaja-penjaja haram - 0%.
d.Bangunan-bangunan haram – 20%.
e.Tahap kecantikan/keindahan Bandar/Alam sekeliling – 80%.
- » Menjamin keselesaan terhadap penggunaan-penggunaan kemudahan-kemudahan awam.
- » Memberi perkhidmatan-perkhidmatan kaunter yang berkualiti dan mesra pelanggan.