Selamat datang ke Laman Web Majlis Daerah Penampang.



Selaras dengan hasrat dan polisi Kerajaan di dalam mengalakkan penggunaan Teknologi Maklumat (IT) pada masa kini, infrastruktur teknologi internet yang disediakan dapat memberi ruang dan peluang kepada Majlis ini untuk memuatkan dan berkongsi maklumat-maklumat penting dengan orang awam berhubung dengan fungsi-fungsi serta perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan.



Oleh kerana fungsi Majlis ini sebagai Pihak berkuasa Tempatan berkait-rapat dengan masyarakat umum yang terdiri dari penduduk setempat, para peniaga, para pelabur serta pelancong, saya berharap Laman Web ini akan dapat memberikan maklumat-mkalumat yang dikehendaki dengan mudah, tepat, cepat dan berkesan. Majlis ini akan cuba sedaya upaya memenuhi kehendak orang awam dan akan memberikan maklumat yang terkini demi untuk memberi kepuasan hati pelanggan khususnya masyarakat yang mempunyai urusan rasmi dengan Majlis Daerah Penampang. Maklumat dalam Laman Web ini akan dikemaskini dari masa ke semasa supaya segala maklumat yang dipaparkan sebenar-benarnya.



Sekali lagi, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Datang ke Laman Web kami dan Selamat Melayarinya.



Sekian.



MATHEW S. GUMPIL



Notis Penafian


Majlis Daerah Penampang tidak akan bertanggungjawab kepada sebarang kerosakan atau kehilangan harta benda disebabkan penggunaan sebarang maklumat dari laman web ini.

Maklumbalas mengenai laman ini? hubungi webmaster

©1999-2008 Majlis Daerah Penampang