1. Melaksanakan pengurusan dan pentadbiran kewangan mengikut peraturan dan prosedur yang diperuntukan dalam Arahan Kewangan Kuasa-Kuasa Tempatan.
2. Pengutipan Pelbagai Hasil Majlis.
3. Melaksanakan pelbagai pembayaran: gaji kakitangan, belanja pengurusan dan pembangunan.
4. Perakaunan.
Ke atas
- Cukai Assismen
- Cukai Ses Tanah
- Lesen
- Bayaran Pungutan Sampah
- Bayaran Pelan
- Bayaran Iklan
- Lain-lain Bayaran Kepada Majlis
1. Cukai Assesmen boleh dibayar setiap suku (Quarterly).
2. Bayaran boleh dibuat secara:
- Tunai, Kiriman Wang Pos, Perintah/Draft Bank
- Kad Kredit Master Card dan MBF "Call/Click & Pay Service"
- Cek Persendirian dengan syarat resit sementera dikeluarkan dan resit rasmi akan dikeluarkan apabila cek laku diterima oleh Bank.
3. Setiap pembayaran hendaklah dinyatakan rujukan harta (Property ID) atau No. Geran Tanah.
4. Bayaran bukan tunai hendaklah dipalang Akaun Penerima atas nama MAJLIS DAERAH PENAMPANG.
5. Majlis hendaklah diberitahu secara bertulis atas penukaran surat-menyurat berhubung penukaran hak milik hartanah.
6. Diskaun 5% akan diberi jika jumlah cukai tahun semasa dibayar penuh pada atau sebelum 31 Mac setiap tahun.
7. Faedah 2% setiap suku setahun akan dikenakan kepada cukai yang lewat dibayar.
8. Kegagalan menjelaskan tunggakan cukai assesmen dalam tempoh 14 hari selepas penerimaan notis tuntutan akan dikenakan tindakan mahkamah mengikut Undang-Undang Kerajaan Tempatan dan Perumahan Bahagian XII Seksyen 90-93.
9. Salinan bil boleh didapati di Bahagian Pengeluar Bil, Tingkat Bawah, Pejabat Majlis Daerah Penampang pada waktu pejabat.
10. Segala pertanyaan mengenai penilaian/percukaian hartanah hendaklah dirujuk kepada Bahagian Penilaian, Pejabat Majlis Daerah Penampang.