Kaunter pembayaran Majlis Daerah Penampang Isnin hingga Khamis 8.00pagi - 3.30 petang , Pada hari Jumaat Jam 8.00pagi -11.30pagi ,2.00petang - 3.30 petang .SABTU/AHAD/CUTI UMUM - TUTUP

Maklumat Daerah Penampang



  • Peta lokasi Daerah Penampang
  • Keluasan Daerah Penampang adalah 178.948 batu persegi.
  • Jumlah Penduduk : 137,002 orang (Lelaki : 69,418 orang, Perempuan : 67,584 orang).
  • Maklumat daripada Bancian Penduduk dan Perumahan Malaysia tahun 2000.
  • Keluasan Kawasan Percukaian Majlis adalah 5,695 ekar (2,304.71 hektar)

Daerah Penampang mempunyai banyak kawasan pelancongan dan tempat-tempat bersejarah yang boleh dilawati. Antaranya adalah Perkampungan Tradisi Monsopiad, Tugu Peringatan Perang Dunia Ke-Dua Petagas, Tugu Peringatan Tun Datuk Hj. Mustapha pusat perkelahan Tinukadan dan Gunung Emas Highland Resorts.



Letak Daerah Penampang yang tidak jauh dari pusat Bandaraya Kota Kinabalu, adalah menjadi kelebihan daerah ini menjadi tumpuan pelancong yang berminat mengetahui etnik Budaya Kadazandusun.

adakah majlis daerah layak dinaikan taraf ke majlis perbandaran?
ya
tidak

Send this poll to a friend!

Kawasan Menarik di Daerah Penampang



Bandar Dongongon :Dahulunya dikenali sebagai Pekan Donggongon. Pada 1 Januari 2004, nama Pekan Donggongon telah ditukar kepada Bandar Donggongon. Bandar Donggongon adalah pekan utama daerah Penampang.
Tugu ini dibina di tengah-tengah Bandar Donggongon. Tugu ini adalah untuk memperingati anak emas orang kadazan iaitu mendiang Datuk Peter Mojuntin yang merupakan tokoh politik yang disegani dan banyak membawa pembangunan di daerah Penampang. Mendiang telah terkorban dalam satu nahas udara pada 06.06.1976.
Tamu Donggongon telah diiktiraf sebagai tamu terbaik di Sabah. Jualan utama di tamu ini adalah hasil-hasil pertanian daripada penduduk kampung dari daerah Penampang dan juga luar daerah. Tamu ini dibuka pada hari rabu sehingga hari jumaat setiap minggu.