Sekiranya anda mengakses Laman Web ini, ia merupakan
pengakuan dan persetujuan bahawa anda terikat kepada
syarat-syarat ini dan dengan ini, terbentuklah satu
persetujuan di antara anda sebagai pelanggan, dan
kami, Majlis Daerah Keningau bagi akses dan/atau
penggunaan Laman Web ini.
Syarat-syarat ini akan
menggantikan syarat-syarat terdahulu yang anda
terima atau akses menerusi Laman Web ini. Penggunaan
dan/atau akses anda kepada perkhidmatan ini
seterusnya akan dianggap sebagai penerimaan
syarat-syarat ini.
Had Tanggungjawab
Anda dengan jelas memahami dan bersetuju bahawa
Majlis Daerah Keningau tidak bertanggungjawab ke
atas sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau
tidak langsung, yang berkaitan atau khusus, turutan
atau exemplary, termasuk tetapi tidak terhad kepada
kerugian berbentuk kehilangan keuntungan,
kepercayaan atau kerugian tak ketara yang lain
akibat daripada:
(1) penggunaan atau ketidakupayaan untuk menggunakan
perkhidmatan ini;
(2) kos perolehan barangan dan perkhidmatan gantian
berikutan pembelian sebarang barangan, data,
maklumat atau perkhidmatan atau mesej yang diterima
atau transaksi yang dibuat menerusi atau daripada
Laman Web ini;
(3) akses tanpa kebenaran atau perubahan dalam
penghantaran atau data anda;
(4) kenyataan atau tindakan pihak ketiga di Laman
Web ini; atau
(5) perkara-perkara lain yang berkaitan dengan Laman
Web ini.
Pautan
Majlis Daerah Keningau boleh menyediakan pautan
kepada laman web yang lain. Laman-laman web tersebut
dimiliki dan dikendalikan oleh pihak ketiga dan oleh
itu, Majlis Daerah Keningau tidak mempunyai kawalan
ke atas laman dan sumber tersebut. Anda mengakui dan
bersetuju bahawa Majlis Daerah Keningau tidak
bertanggungjawab terhadap laman dan sumber luar
tersebut dan tidak menyokong serta tidak
bertanggungjawab ke atas sebarang kandungan, iklan,
produk atau bahan-bahan lain yang disediakan di
laman dan sumber tersebut. Anda seterusnya mengakui
dan bersetuju bahawa Majlis Daerah Keningau tidak
bertanggungjawab, secara langsung atau tidak
langsung, terhadap sebarang kerosakan atau kerugian
yang disebabkan oleh atau dipercayai sebagai
sebabnya atau dikaitkan dengan penggunaan atau
pergantungan ke atas kandungan, barangan atau
perkhidmatan yang disediakan di atau menerusi laman
atau sumber tersebut.
Penamatan
Majlis Daerah Keningau
boleh menamatkan akses anda ke mana-mana bahagian
perkhidmatan atau seluruh perkhidmatan dan mana-mana
perkhidmatan yang berkaitan pada bila-bila masa,
dengan sebab atau tanpa sebab, dengan notis atau
tanpa notis, dan berkuatkuasa serta-merta. Majlis
Daerah Keningau boleh juga menamatkan atau
menggantung akaun anda yang tidak aktif, iaitu,
didefinisikan sebagai kegagalan untuk menggunakan
perkhidmatan Laman Web menerusi akaun tersebut bagi
suatu tempoh tertentu. Anda bersetuju bahawa Majlis
Daerah Keningau tidak bertanggungjawab kepada anda
atau mana-mana pihak ketiga di atas penamatan akses
kepada perkhidmatan tersebut.
Perubahan kepada Syarat-syarat Perkhidmatan
Maljis Daerah Keningau
mempunyai hak untuk membuat perubahan,
pengubahsuaian, pembatalan atau penambahan kepada
syarat-syarat ini pada bila-bila masa dengan memberi
notis terlebih dahulu. Walau bagaimanapun, dalam
keadaan kecemasan atau demi menjaga keselamatan
Laman Web atau dalam keadaan di luar kawalan, di
mana Majlis Daerah Keningau mendapati perlunya untuk
mengubah, mengubahsuai, membatal atau menambah
syarat-syarat ini, ia akan berbuat demikian tanpa
notis terdahulu kepada anda. Adalah dipersetujui
bahawa anda akan mengakses dan meneliti
syarat-syarat ini dari semasa ke semasa untuk
mengetahui sebarang perubahan, pengubahsuaian,
pembatalan atau penambahan yang terkini. Anda
selanjutnya bersetuju dan menerima bahawa akses
secara berterusan dan penggunaan syarat-syarat (yang
diubah atau diubahsuai dari semasa ke semasa) akan
dianggap sebagai penerimaan anda terhadap sebarang
perubahan, pengubahsuaian, pembatalan atau
penambahan kepada syarat-syarat ini.
Pengubahsuaian kepada Perkhidmatan
Majlis Daerah Keningau
mempunyai hak untuk mengubahsuai atau menamatkan
perkhidmatan (atau sebahagian daripada perkhidmatan)
sama ada secara sementara atau tetap pada bila-bila
masa dengan notis atau tanpa notis. Anda bersetuju
bahawa Majlis Daerah Keningau tidak bertanggungjawab
kepada anda atau mana-mana pihak ketiga di atas
sebarang pengubahsuaian, penggantungan atau
penamatan perkhidmatannya.
Umum
Tajuk-tajuk yang
digunakan di bawah syarat-syarat ini hanya untuk
rujukan dan tidak boleh diambilkira dalam tafsiran
syarat-syarat ini.