Home | Misi dan Visi | Fungsi Jabatan | Objektif Jabatan | Carta Organisasi | Piagam Pelanggan | Perkadaran Majlis

Versi Bahasa
[Melayu] [English]

[e-Kerajaan] [MyGov] [MyEG] [SGsert] [KKT&P] [PDKgu] [JPAN] [MSC] [MAMPU] [INSAN] [CIO AKNS] [Job Centre]

                                                                  LAMAN WEB RASMI MAJLIS DAERAH KENINGAU

SEJARAH RINGKAS DAN LATARBELAKANG.

Majlis Daerah Keningau ditubuhkan di bawah Ordinan Kerajaan Tempatan Tempatan1961 dan mula beroperasi sebagai Pihak Berkuasa Tempatan pada 01hb. Januari 1962 dengan berpandukan fungsi-fungsinya di bawah Suratcara Majlis untuk memberi perkhidmatan kepada penduduk pekan Keningau yang pada masa itu hanyalah sebuah pekan yang kecil dengan keluasan perkadaran ( Township ) Majlis 531 ekar, Apin-Apin 4 ekar, dan Bingkor 5 ekar sahaja.

Ahli Majlis yang dilantik seramai 14 orang sementara kakitangan Majlis hanya 15 orang yang mengurus dan mentadbir Majlis Daerah Keningau dengan jumlah pintu kedai pada masa itu hanya 24 pintu kedai papan sahaja.

Selapas beberapa puluh tahun berlalu, kini Pekan Keningau mempunyai 920 unit pintu kedai komersial dan industri dalam perkadaran majlis dengan reka bentuk moden yang terdapat di 26 lokasi Pekan Keningau yang dimajukan oleh pihak-pihak pemaju tempatan Keningau. Dengan pertambahan jumlah bangunan kedai dan keluasan kawasan perkadaran daripada 531 ekar kepada 3,390 ekar yang telah diluluskan pada 18.01.2004 dengan anggaran penduduk 30,000 orang maka beban dan tugas Majlis Daerah Keningau semakin bertambah, terutamanya di dalam usahanya untuk menjadikan bandar Keningau sebagai bandar yang bersih, indah, selesa dan selamat untuk didiami.

Daripada keluasan 3,390 ekar perkadaran bandar Keningau, jumlah bilangan unit kedai, tanah serta rumah persendirian dalam perkadaran ini lah Majlis mendapat sumber hasil kewangan melalui bayaran cukai-cukai pintu, cukai sas tanah serta lesen-lesen perniagaan Majlis, termasuk lah  pembayaran denda-denda (fines), kompaun (compounds), caj-caj (charges), sewa (rents) dan fee yang dikenakan dibawah Undang-Undang Kecil Majlis/Ordinan dan dibawah Undang-Undang Kecil seperti Anti-Litter By-Laws 1984, Conservancy and Hygiene 1984 dan Building By-Laws 1983.

PEKAN  KENINGAU.
Keluasan perkadaran -   3,390  ekar
Bilangan penduduk -  30,00orang
Bangunan komersial -      773 buah
Bangunan Industrial -      147 buah
Bangunan perumahan (dalam perkadaran) -   2,917 buah
Bangunan perumahan (luar perkadaran) -      624 buah
   
PEKAN KECIL BINGKOR.  
Keluasan perkadaran -    4  ekar
Bilangan penduduk - 635 orang
Bangunan perumahan -130  buah
   
PEKAN KECIL APIN-APIN.  
Keluasan perkadaran -    5  ekar
Bilangan penduduk - 275 orang
Bangunan Perumahan -   55 buah.
   
PEKAN KECIL SOOK.  
Keluasan perkadaran - 586 ekar. (Belum gezet)
   

Banci Penduduk ( Jabatan Perangkaan 2000 )

Bil.

Perkara

Keningau

Sabah

1.

Jumlah Penduduk
155,069
2,606,485

2.

Warganegara Malaysia
112,966
1,988,661
3.
Bukan Warganegara Malaysia
42,103
614,824
4.
KadazanDusun
59,607
429,944
5.
Murut
23,823
84,679
6.
Cina
9,082
262,115
7.
Bajau
3,903
343,178
8.
Lain-Lain
6,511
303,497
       


Peta Daerah Keningau

   

[Syarat-Syarat] [Dasar Privasi] [Dasar Keselamatan] [Hak Cipta] [Solan Lazim] [Hubungi Kami] [Peta Laman]
Penafian: Majlis Daerah Keningau tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilagan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Sesuai untuk resolusi 1024x768 dengan sokongan Paparan Internet Explorer 7.0+

Sebarang pertanyaan sila email: WebMaster MDKgu.

 

© Majlis Daerah Keningau 2001 - 2012