Piagam Pelanggan
KOMITMENT KAMI ADALAH UNTUK MEMBERI PERKHIDMATAN-PERKHIDMATAN YANG
BERKUALITI KEPADA PELANGGAN-PELANGGAN MAJLIS DENGAN PENUH TANGGUNGJAWAB,
KEMESRAAN DAN TULUS:
1. Semua pelan
pembangunan dan pelan bangunan akan diluluskan dalam tempoh dua (2)
bulan dengan syarat ianya memenuhi semua kehendak yang ditetapkan.
2. Semua pelan
pengubahsuaian akan diluluskan dalam tempoh dua (2) minggu dengan syarat
ianya mematuhi semua kehendak yang ditetapkan.
3. Semua permohonan
lesen akan diproses sekiranya memenuhi syarat-syarat MS ISO 9002: 1994;
Lesen Baru/Iklan Sementara/Pembatalan lesen/Rayuan Lesen - 7 hari (
Masa Bekerja )
Iklan Tetap - 45 hari ( Masa Bekerja )
Pembaharuan lesen dalam tempoh satu (1) hari ( Masa bekerja )
4. Setiap aduan awam
akan dilayan dalam tempoh dua (2) hari dan memberi maklumat kepada
pengadu dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja;
5. Sampah-sarap
dikutip pada setiap hari di kawasan bandar dan dua (2) kali seminggu di
kawasan perumahan.
6. Sijil menduduki
bangunan ( O.C )akan dikeluarkan dalam tempoh satu (1) hari selepas
syarat-syarat dipenuhi.
7. Pembayar bil-bil
runcit akan dijelaskan dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja
selepas dokumen-dokumen lengkap diterima.
8. Sentiasa
membenteras peniaga-peniaga haram kepada ''Zero Point''.
9. Mengeluarkan
bil-bil cukai pintu dalam tempoh tiga (3) bulan sekali.
10. Kaunter
pembayaran dan penerimaan dibuka mengikut jadual yang ditetapkan;
Isnin
- Khamis: 08.00am - 11.30am; 02.00pm - 03.30pm;
Jumaat:
08.00am - 10.30am; 02.00pm - 03.30pm;
Sabtu:
08.00am - 10.30am
PIAGAM PELANGGAN
DALAMAN
11. Meluluskan
permohonan cuti dalam tempoh satu (1) hari.
12. Pembayaran gaji
dan elaun adalah mengikut kelender gaji.
|