 |
Perutusan.

Pengerusi,
Majlis Daerah Keningau.
Encik Amat Mohd.
Yusof.
Laman Web, adalah salah satu kemudahan utama yang ditawarkan oleh World
Wide Web (WWW) dan merupakan satu keadah perkongsian serta penyebaran
maklumat secara elektronik yang amat popular pada masa kini. Dengan
sokongan teknologi telekomunikasi yang semakin pantas dan moden, sebuah
laman web mampu dicapai oleh kebanyakan individu di seluruh dunia sama
ada diperolehi di pejabat, sekolah, pusat siber, kiosk internet di
kompleks membeli-bela atau pun kemudahan di rumah.
Dengan adanya Laman Web Majlis Daerah Keningau. saya pasti ianya akan
memudahkan kerja pengurusan perkhidmatan yang lebih cepat, tepat dan
berkualiti untuk memuaskan hati pelanggan sejajar dengan polisi kerajaan
yang inginkan jentera kerajaan beroperasi secara automation menjuruskan
ke arah cita-cita E-Goverment.
Laman web ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa untuk melayani anda
yang melawat laman web kami agar lebih efektif lagi pada masa akan
datang. Melalui rangkaian internet ini, kami mengharapkan maklumbalas
daripada anda bagi membantu kami menyediakan perkhidmatan yang lebih
baik bukan sahaja daripada laman web kami tetapi merangkumi semua aspek
bagi pembangunan daerah Keningau agar lebih bersih, sihat, sebuah bandar
yang cantik dan tempat yang selamat untuk didiami.
Saya selaku Pengerusi Majlis Daerah Keningau berasa sangat bangga dan
ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada WebMaster
dan kakitangan Majlis Daerah Keningau di atas lahirnya sebuah laman web
yang berinformatif ini.
Semoga tuan / puan merasa selesa dan mendapat informasi yang relevan dan
mustahak untuk rujukan selanjutnya selepas melayari laman web ini.
Selamat melayari laman web kami, terima kasih.
|