Profil Majlis

SEJARAH RINGKAS DAN LATARBELAKANG.

Majlis Daerah Keningau ditubuhkan di bawah Ordinan Kerajaan Tempatan Tempatan1961 dan mula beroperasi sebagai Pihak Berkuasa Tempatan pada 01hb. Januari 1962 dengan berpandukan fungsi-fungsinya di bawah Suratcara Majlis untuk memberi perkhidmatan kepada penduduk pekan Keningau yang pada masa itu hanyalah sebuah pekan yang kecil dengan keluasan perkadaran ( Township ) Majlis 531 ekar, Apin-Apin 4 ekar, dan Bingkor 5 ekar sahaja.

Ahli Majlis yang dilantik seramai 14 orang sementara kakitangan Majlis hanya 15 orang yang mengurus dan mentadbir Majlis Daerah Keningau dengan jumlah pintu kedai pada masa itu hanya 24 pintu kedai papan sahaja.

Selapas beberapa puluh tahun berlalu, kini Pekan Keningau mempunyai 968 unit pintu kedai komersial dan industri dalam perkadaran majlis dengan reka bentuk moden yang terdapat di 26 lokasi Pekan Keningau yang dimajukan oleh pihak-pihak pemaju tempatan Keningau. Dengan pertambahan jumlah bangunan kedai dan keluasan kawasan perkadaran daripada 531 ekar kepada 3,390 ekar yang telah diluluskan pada 18.01.2004 dengan anggaran penduduk 30,000 orang maka beban dan tugas Majlis Daerah Keningau semakin bertambah, terutamanya di dalam usahanya untuk menjadikan bandar Keningau sebagai bandar yang bersih, indah, selesa dan selamat untuk didiami.

Daripada keluasan 3,390 ekar Kawasan Operasi Bandar Keningau, jumlah bilangan unit kedai, tanah serta rumah persendirian dalam kawasan operasi ini lah Majlis mendapat sumber hasil kewangan melalui bayaran cukai-cukai pintu, cukai sas tanah serta lesen- lesen perniagaan Majlis, termasuk lah  pembayaran denda-denda (fines), kompaun (compounds), caj-caj (charges), sewa (rents) dan fee yang dikenakan dibawah Undang-Undang Kecil Majlis/Ordinan dan dibawah Undang-Undang Kecil seperti Anti-Litter By-Laws 1984, Conservancy and Hygiene 1984 dan Building By-Laws 1983.

Pekan Keningau    
Keluasan Perkadaran -  3,990. ekar  
Bilangan Penduduk - 30,000 orang
Bangunan Komersial - 773 buah
Bangunan Industrial - 147 buah
Bangunan Perumahan (dalam perkadaran) - 2,917 buah
Bangunan Perumahan (luar perkadaran) - 624 buah
   
Pekan Kecil Bingkor  
Keluasan Perkadaran - 4 ekar
Bilangan Penduduk - 635 orang
Bangunan Perumahan - 130 buah
   
Pekan Kecil Apin-Apin  
Keluasan Perkadaran - 5 ekar
Bilangan Penduduk - 275 orang
Bilangan Bangunan - 55 buah
   
Pekan Kecil Sook 
Keluasan Perkadaran - 586 ekar (belum gezet)

BANCI PENDUDUK KENINGAU - SABAH 2010
BIL. PERKARA KENINGAU SABAH
1 KADAZAN/DUSUN 68,627 555,647
2 MURUT 29,070 100,631
3 CINA 10,661 284,049
4 BAJAU 5,403 436,672
5 MELAYU 4,485 178,029
6 INDIA 374 7,171
7 LAIN-LAIN 3,169 47,052
8 BUMIPUTERA LAIN 12,445 640,965
9 BUKAN BUMIPUTERA 38,869 867,190
JUMLAH PENDUDUK 173,130 3117,405
SUMBER DARIPADA: JABATAN PERANGKAAN MALAYSIA (www.statistics.gov.my)
Search
Anugerah-Anugerah
Keratan Akhbar Tempatan
Arkib
Module jsvisit counter
Reserved 55.4% Reserved
Malaysia 25.1% Malaysia
United States 17.0% USA

Total:

87

Countries
00083491
Today: 18
Yesterday: 55
This Week: 201
This Month: 721