Perutusan


Pengerusi,
Majlis Daerah Keningau.
Tuan Haji Faimin Kamin.

Laman Web, adalah salah satu kemudahan utama yang ditawarkan oleh World Wide Web (www) dan merupakan satu keadah perkongsian serta penyebaran maklumat secara elektronik yang amat popular pada masa kini. Dengan sokongan teknologi telekomunikasi yang semakin pantas dan moden, sebuah laman web mampu dicapai oleh kebanyakan individu di seluruh dunia sama ada diperolehi di pejabat, sekolah, pusat siber, kiosk internet di kompleks membeli-bela atau pun kemudahan di rumah.

Maka dengan adanya Laman Web Majlis Daerah Keningau, saya pasti ianya akan memudahkan kerja pengurusan perkhidmatan yang lebih cepat, tepat dan berkualiti untuk memuaskan hati pelanggan sejajar dengan polisi kerajaan yang inginkan jentera kerajaan beroperasi secara automation menjuruskan ke arah cita-cita E-Goverment.

Laman web ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa untuk melayani anda yang melawat laman web kami agar lebih efektif lagi pada masa akan datang. Melalui rangkaian internet ini, kami mengharapkan maklumbalas daripada anda bagi membantu kami menyediakan perkhidmatan yang lebih baik bukan sahaja daripada laman web kami tetapi merangkumi semua aspek bagi pembangunan daerah Keningau agar lebih bersih, sihat, sebuah bandar yang cantik dan tempat yang selamat untuk didiami.

Saya selaku Pengerusi Majlis Daerah Keningau berasa sangat bangga dan ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada WebMaster dan kakitangan Majlis Daerah Keningau di atas lahirnya sebuah laman web yang berinformatif ini.

Semoga tuan / puan merasa selesa dan mendapat informasi yang relevan dan mustahak untuk rujukan selanjutnya selepas melayari laman web ini.

Selamat melayari laman web kami, terima kasih.

Search
Anugerah-Anugerah
Keratan Akhbar Tempatan
Arkib
Module jsvisit counter
Reserved 57.4% Reserved
Malaysia 24.3% Malaysia
United States 16.0% USA

Total:

82

Countries
00079416
Today: 35
Yesterday: 56
This Week: 387
This Month: 1,307