Dasar Privasi

Terima kasih kerana melayari Laman Web Majlis Daerah Keningau, Laman Web Rasmi Kerajaan Negeri Sabah.

Dasar Privasi
Halaman ini menerangkan dasar privasi yang merangkumi penggunaan dan perlindungan maklumat yang dikemukakan oleh pengunjung.

Sekiranya anda ingin mendaftar dan membuat transaksi atau menghantar e-mel yang mengandungi maklumat peribadi, maklumat ini mungkin akan dikongsi bersama dengan agensi awam lain untuk membantu penyediaan perkhidmatan yang lebih berkesan dan efektif.  Contohnya seperti di dalam menyelesaikan aduan yang memerlukan maklum balas dari agensi-agensi lain.

Perlindungan Data
Teknologi terkini termasuk penyulitan data adalah digunakan untuk melindungi data yang dikemukakan dan pematuhan kepada standard keselamatan yang ketat adalah terpakai untuk menghalang capaian yang tidak dibenarkan.

Keselamatan Storan
Semua storan elektronik dan penghantaran data peribadi akan dilindungi dan disimpan dengan menggunakan teknologi keselamatan yang sesuai. 

Maklumat Yang Dikumpul
Tiada maklumat peribadi akan dikumpul semasa anda melayari Laman Web Majlis kecuali maklumat yang dikemukakan oleh anda melalui e-mel atau pendaftaran di myHome yang merupakan bahagian yang dilindungi dalam Laman Web ini.

Maklum Balas
Kami amat mengalu-alukan maklum balas/pertanyaan anda. Sekiranya maklumat yang terperinci diperlukan tidak terdapat di dalam Laman Web ini, keperluan anda akan dimajukan kepada agensi yang berkaitan.

Cookies
Cookies yang dihasilkan oleh pelayan web hanya akan digunakan untuk mengumpul maklumat bagi mengenal pasti layaran anda yang akan datang.

Laman Web Rasmi Majlis Daerah Keningau menggunakan non-persistent cookies atau per-session cookies untuk tujuan teknikal sahaja seperti penukaran bahasa pada Laman Web ini. Cookies ini tidak akan merekodkan data secara kekal dan ia tidak juga disimpan di dalam pemacu keras komputer anda. Ia akan terus di padam sebaik sahaja anda meninggalkan Laman Web ini.

Apa yang akan Berlaku jika Saya Membuat Pautan kepada Laman Web yang Lain?
Laman Web Majlis Daerah Keningau mempunyai pautan ke laman web agensi Kerajaan dan agensi bukan Kerajaan. Dasar privasi ini hanya terpakai untuk Laman Web ini sahaja. Perlu diingatkan bahawa laman web yang terdapat dalam pautan Laman Web ini mungkin mempunyai dasar privasi yang berbeza dan pengunjung dinasihatkan supaya meneliti dan memahami dasar privasi bagi setiap laman web yang dilayari.

Pindaan Dasar
Sekiranya dasar privasi ini dipinda, pindaan akan dikemas kini di halaman ini. Dengan sering melayari halaman ini, anda akan dikemas kini dengan maklumat yang dikumpul, cara ia digunakan dan dalam keadaan tertentu, bagaimana maklumat dikongsi bersama pihak yang lain.

Pertanyaan atau Aduan
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau aduan mengenai dasar privasi atau Laman Web ini, anda boleh menghubungi kami melalui seksyen maklum balas yang disediakan dalam Laman Web ini.

Search
Anugerah-Anugerah
Keratan Akhbar Tempatan
Arkib
Module jsvisit counter
Reserved 55.5% Reserved
Malaysia 25.1% Malaysia
United States 17.0% USA

Total:

87

Countries
00083362
Today: 6
Yesterday: 66
This Week: 72
This Month: 592