Penguatkuasaan

A. OBJEKTIF UNIT PENGUATKUASA
Objektif penubuhan Unit Penguatkuasa ini adalah untuk melaksanakan tugas-tugas penguatkuasaan undang-undang Kecil Majlis Daerah Keningau dan memastikan semua peraturan undang-undang yang terkandung di dalamnya dapat dipatuhi sepenuhnya oleh semua pihak.

B. FUNGSI BAHAGIAN UNIT PENGUATKUASA
Sebagai nadi Majlis Daerah Keningau yang mana menjalankan tugas-tugas penguatkuasaan peraturan yang terkandung di bawah undang-undang kecil Majlis Daerah Keningau.

C. UNDANG-UNDANG KECIL DIKUATKUASAKAN
Antara undang-undang kecil yang dikuatkuasakan oleh Unit Penguatkuasa Majlis Daerah Keningau adalah seperti berikut:

  1. Undang-undang Kecil Majlis Daerah Keningau ( Anti Sampah-sarap) 1984
  2. Undang-undang Kecil Majlis Daerah Keningau (Penjaja), 1973
  3. Undang-undang Kecil Majlis Daerah Keningau (Penjaja), 1973,1984
  4. Undang-undang Kecil Majlis Daerah Keningau (Pasar), 1961
  5. Undang-undang Kecil Majlis Daerah Keningau (Bangunan), 1983 (pindaan 1990)
  6. Undang-undang Kecil Majlis Daerah Keningau (Tamu), 1966
  7. Undang-undang Kecil Majlis Daerah Keningau (Pengiklanan) 1973
  8. Undang-undang Kecil Majlis Daerah Keningau (Pendandan), 1973
  9. Undang-undang Kecil Majlis Daerah Keningau (Hotel dan rumah tumpangan), 1969 (pindaan 1984)
  10. Undang-undang Kecil Majlis Daerah Keningau (Makanan dan premis makanan), 1973
  11. Undang-undang Kecil Majlis Daerah Keningau (Jalan dan tempat awam), 1981
  12. Undang-undang Kecil Majlis Daerah Keningau (Minuman keras), 1969

PROSES ADUAN
Bahagian ini akan menjalankan proses pemeriksaan tertentu apabila menerima aduan berdasarkan kepada bentuk aduan yang diterima, seterusnya membuat laporan kepada pihak pengurusan untuk tindakan atau arahan selanjutnya, Sebab-sebab aduan adalah seperti terdapatnya pelanggaran terhadap Undang-undang Kecil Majlis atau syarat-syarat yang dikenakan kepada pelanggan majlis. Sumber-sumber aduan adalah datang dari pihak Pengurusan Majlis sendiri termasuk dari pihak awam.

MAKLUMAT ADUAN
Sebarang maklumat aduan berkaitan dengan Majlis dan Undang undang Kecil oleh dibuat terus kepada Pegawai Pengurusan dan semua kakitangan Majlis Daerah Keningau atau melalui talian 087 341180 Pejabat Am atau 087-336064 Pejabat Penguatkuasa.

F. TANGGUNGJAWAB DAN AKTIVITI
Menjalankan rondaan dan mengambil tindakan segera terhadap orang awam dan para peniaga yang melanggar mana-mana peraturan yang terkandung di bawah Undang-undang Kecil Majlis seperti mengenakan tawaran denda kompaun di bawah Undang undang Kecil Anti Sampah-sarap (Anti Litter-By Laws 1984.Menjalankan pemeriksaan dan siasatan ke atas pemilik premis dan peniaga yang didapati melanggar mana-mana peraturan atau syarat-syarat yang terkandung dalam lesen-lesen kelulusan yang dikeluarkan oleh Majlis.Tindakan saman melalui mahkamah akan dikeluarkan kepada peniaga yang melanggar undang-undang dan enggan menjelaskan bayaran kompaun dalam tempoh yang ditetapkan. 

Search
Anugerah-Anugerah
Keratan Akhbar Tempatan
Arkib
Module jsvisit counter
Reserved 60.8% Reserved
Malaysia 22.8% Malaysia
United States 14.3% USA

Total:

76

Countries
00073951
Today: 34
Yesterday: 57
This Week: 91
This Month: 863