Sukan KTS Ke-X 2013 Keningau

Undang-Undang dan Peraturan-Peraturan Sukan, Maklumat Am serta Borang-Borang  Sukan KTS Ke-X, Keningau 2013 boleh di Muat Turun (Download) di sini.

1. Undang-Undang dan Peraturan-Peraturan
2. Maklumat Am Sukan KTS Ke-X 2013
3. Borang-Borang Akreditasi, Pendaftaran/ Pertukaran Pemain.

Sukan Golf.
1. Borang Penyertaan
2. General Rules and Condition Governing The Championship.

Jadual Pertandingan/ Perlawanan.
1. Badminton
2. Bola Jaring
3. Bola Keranjang 3 on 3
4. Bola Sepak
5. Bola Tampar 
6. Dart
7. Futsal
8. Ping Pong
9. Sepak Takraw
10. Tarik Tali

Novelty.
1. Boling Padang
2. Golf - Bayaran penyertaan Sukan Golf sebanyak RM2,000.00 hendaklah dijelaskan tiga (3) hari sebelum tarikh pertandingan bagi membolehkan FLIGHT DRAW disediakan lebih awal atas nama Kelab Riadah dan Kebajikan Majlis Daerah Keningau No. Akaun CIMB : 10030011736056. Jika bayaran secara cek atau dibayar terus kepada akaun di atas, sila faks cek/ bank in slip tersebut kepada nombor faks 087 339 986 atau email kepadaThis email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.. Sekian, harap maklum dan terima kasih. Jawatankuasa Penganjur Pertandingan Golf.


Sukan Kerajaan Tempatan Sabah [KTS] Ke-X, Keningau 2013 akan diadakan pada 25hb hingga 28hb, Septermber 2013.
Sebagai makluman Mesyuarat Pengurus-Pengurus Pasukan akan diadakan serentak dengan semua sukan yang dipertandingkan pada 24hb, September 2013 di Dewan Masyarakat Keningau.

Semua Maklumat sukan telah diedit dan diperhalusi adalah terkini dan betul mulai pada 09 September 2013. Oleh yang demikian semua maklumat sukan yang dimuat turun melalui website ini atau diperolehi melalui sumber lain sebelum 09 September 2013 adalah TERBATAL dan TIDAK LAGI DIGUNAPAKAI. Sekian, Harap maklum. 
Jawatankuasa Teknikal & Pertandingan.


PERKEMBANGAN TERKINI

Sukacita dimaklumkan bahawa Jawatankuasa Pelaksana Sukan KTS ke-X 2013, Keningau telah memutuskan pindaan beberapa peraturan Sukan seperti berikut:-

1. SUKAN BADMINTON PARATURAN 2.1. BERGU LELAKI VIP.

Pegawai-pegawai yang berjawatan Gred 44  dan keatas adalah dibenarkan menyertai sukan Badminton dalam kategori VIP.

2.  FUTSAL WANITA PERATURAN 2

2.1.  Mengekalkan peraturan untuk tidak membenarkan pemain kategori berumur dalam setiap perlawanan.  Ini bermakna, semua pemain tidak kira umur boleh bermain dalam sukan Futsal Wanita.

2.2.  LINE OUT -  sebagai tambahan kepada peraturan Sukan Futsal Wanita, peraturan adalah dibuat agar bola yang ditendang dan terkena pada net dibelakang tiang gol adalah dianggap sebagai terkeluar (out) dan permainan akan dihidupkan semula oleh Penjaga Gol dengan menghantar bola kepada pemain pasukannya.  Bola yang terkena net tepi gelanggang tidak dianggap sebagai terkeluar dan permainan boleh diteruskan.

3.  BOLING PADANG

Kategori Triples dijadikan sebagai kategori TERBUKA.  Terbuka bermaksud setiap pasukan bukan lagi diwakili oleh seorang 1 lelaki dan 2 orang wanita tetapi boleh diwakili samada oleh semua lelaki atau semua wanita atau kombinasi peserta lelaki dan wanita tidak kira 2 lelaki + 1 wanita atau disebaliknya.


KEPUTUSAN RASMI

Search
Anugerah-Anugerah
Keratan Akhbar Tempatan
Arkib
Module jsvisit counter
Reserved 58.6% Reserved
Malaysia 24.0% Malaysia
United States 15.2% USA

Total:

81

Countries
00077461
Today: 6
Yesterday: 62
This Week: 6
This Month: 1,144