|
Terima kasih kerana melayari
Laman Web Majlis Daerah Keningau,
Laman Web Rasmi Kerajaan Negeri
Sabah.
Dasar Privasi
Halaman ini menerangkan dasar
privasi yang merangkumi
penggunaan dan perlindungan
maklumat yang dikemukakan oleh
pengunjung.
Sekiranya
anda ingin mendaftar dan membuat
transaksi atau menghantar e-mel
yang mengandungi maklumat
peribadi, maklumat ini mungkin
akan dikongsi bersama dengan
agensi awam lain untuk membantu
penyediaan perkhidmatan yang
lebih berkesan dan efektif.
Contohnya seperti di dalam
menyelesaikan aduan yang
memerlukan maklum balas dari
agensi-agensi lain.
Perlindungan Data
Teknologi terkini termasuk
penyulitan data adalah digunakan
untuk melindungi data yang
dikemukakan dan pematuhan kepada
standard keselamatan yang ketat
adalah terpakai untuk menghalang
capaian yang tidak dibenarkan.
Keselamatan Storan
Semua storan elektronik dan
penghantaran data peribadi akan
dilindungi dan disimpan dengan
menggunakan teknologi
keselamatan yang sesuai.
Maklumat Yang Dikumpul
Tiada maklumat peribadi akan
dikumpul semasa anda melayari
Laman Web Majlis kecuali
maklumat yang dikemukakan oleh
anda melalui e-mel atau
pendaftaran di myHome yang
merupakan bahagian yang
dilindungi dalam Laman Web ini.
Maklum Balas
Kami amat mengalu-alukan maklum
balas/pertanyaan anda.
Sekiranya
maklumat yang terperinci
diperlukan tidak terdapat di
dalam Laman Web ini, keperluan
anda akan dimajukan kepada
agensi yang berkaitan.
Cookies
Cookies yang dihasilkan oleh
pelayan web hanya akan digunakan
untuk mengumpul maklumat bagi
mengenal pasti layaran anda yang
akan datang.
Laman Web
Rasmi Majlis Daerah Keningau
menggunakan non-persistent
cookies atau per-session cookies
untuk tujuan teknikal sahaja
seperti penukaran bahasa pada
Laman Web ini. Cookies ini tidak
akan merekodkan data secara
kekal dan ia tidak juga disimpan
di dalam pemacu keras komputer
anda. Ia akan terus di padam
sebaik sahaja anda meninggalkan
Laman Web ini.
Apa yang akan Berlaku jika Saya
Membuat Pautan kepada Laman Web
yang Lain?
Laman Web Majlis Daerah Keningau
mempunyai pautan ke laman web
agensi Kerajaan dan agensi bukan
Kerajaan. Dasar privasi ini
hanya terpakai untuk Laman Web
ini sahaja. Perlu diingatkan
bahawa laman web yang terdapat
dalam pautan Laman Web ini
mungkin mempunyai dasar privasi
yang berbeza dan pengunjung
dinasihatkan supaya meneliti dan
memahami dasar privasi bagi
setiap laman web yang dilayari.
Pindaan Dasar
Sekiranya dasar privasi ini
dipinda, pindaan akan dikemas
kini di halaman ini. Dengan
sering melayari halaman ini,
anda akan dikemas kini dengan
maklumat yang dikumpul, cara ia
digunakan dan dalam keadaan
tertentu, bagaimana maklumat
dikongsi bersama pihak yang
lain.
Pertanyaan atau Aduan
Sekiranya anda mempunyai
sebarang pertanyaan atau aduan
mengenai dasar privasi atau
Laman Web ini, anda boleh
menghubungi kami melalui seksyen
maklum balas yang disediakan
dalam Laman Web ini. |