Pengurusan Majlis Daerah Keningau bertanggungjawab
melaksanakan segala dasar yang telah ditetapkan oleh
Jawatankuasa-Jawatankuasa Kecil termasuk
arahan-arahan/pekeliling-pekeliling daripada
Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah,
Kerajaan Persekutuan dan Negeri.
Terdapat sepuluh (10) Bahagian-Bahagian Pengurusan
Majlis Daerah Keningau iaitu Bahagian Pentadbiran
dan Urus Setia, Kewangan dan Hasil, Pembangunan dan
Kejuruteraan, Penilaian Harta,
Pengurusan Harta dan Inventori, Perkhidmatan
Persekitaran Bandar, Kesihatan, Penguatkuasaan,
Pelesenan dan (ICT) Komputer dan Teknologi Maklumat.
Fungsi-fungsi bahagian ini adalah menyokong
perkhidmatan dalam melaksanakan dasar-dasar yang
telah ditetapkan selain daripada tugas-tugas asas
yang disenaraikan dalam Suratcaranya seperti kawalan
Pembangunan, kawalan perniagaan, pembersihan dan
pengindahan bandar, menyediakan kemudahan ruang
niaga dan persarana asas di dalam bandar Keningau |