Hubungi Kami | Soalan Lazim | Pautan | Bantuan | Peta Laman

 



LATARBELAKANG DAERAH BELURAN


Daerah Beluran, dahulunya lebih dikenali sebagai Daerah Labuk-Sugut dan telah wujud sejak awal Pentadbiran British North Borneo Charterd Company, ia merupakan antara Daerah yang terawal di Negeri Sabah. Nama Beluran diambil sempena nama bukit yang menjadi "Land Mark" pekan ini, iaitu dalam bahasa Dusun Labuk, Sungai dan Tidong disebut "BULUDAN" Pertukaran nama terjadi akibat daripada salah sebutan dan ejaan dalam surat menyurat oleh warga Inggris yang tidak fasih menyebut perkataan dalam bahasa tempatan menyebabkan BULUDAN bertukar kepada BELURAN dan kekal sehingga kini. Pejabat Pentadbiran Daerah Beluran telah ditubuhkan seawal tahun 1916 walaubagaimanapun semua rekod dan data berkenaan telah musnah akibat perang dunia ke dua, dan rekod Pegawai Daerah beberapa tahun juga musnah. Menurut sumber daripada orang lama, Encik B.S Willie telah dilantik sebagai Pegawai Daerah Beluran pada tahun 1945. KLAGAN merupakan Pusat Pentadbiran Daerah Labuk Sugut yang pertama, tetapi kerana kawasan tersebut seringkali dilanda banjir, Pemerintah British telah memindahkan pusat pentadbiran tersebut ke kaki bukit Beluran.




INFO DAERAH BELURAN

Daerah Beluran terletak di Pantai Timur (Bahagian Sandakan) Negeri Sabah. Merangkumi kawasan seluas 2,979 batu persegi bersamaan 7,717 kilometer persegi dan mempunyai tiga Kawasan Utama iaitu Pekan Beluran seluas 967.5 hekter, Pekan Kecil Telupid seluas 747.5 hekter dan Pekan Kecil Paitan dengan keluasan 300 hekter. Mempunyai 11 buah Mukim terdiri daripada 131 buah Kampung. Jumlah penduduk (Banci: 2008) 96,900 orang yang terdiri daripada Suku Kaum Kadazan/ Dusun, Sungai, Tidong, Bajau, Suluk, Rungus, Brunei, Dumpas dan Cina, Majoriti penduduk terdiri daripada kaum bumiputera dengan pekerjaan utama, pekebun kecil (Kelapa Sawit), nelayan, peniaga kecil, pekerja ladang dan kakitangan kerajaan/swasta. Hasil utama Daerah ialah kelapa sawit dan sumber laut.






 

 

 


 

 

Hubungi Kami


Alamat :

Majlis Daerah Beluran
Peti Surat 20

90107 Beluran, Sabah

MALAYSIA

 

Tel : 089-511272

Fax : 089-511458


E-mel :

www.sabah.gov.my/md.bln

Perkhidmatan Kami

Senarai Perkhidmatan

 

Maklumbalas

 

Muat Turun Borang

Pautan Staf

Webmail

 

e-Cuti

 

e-Pekeliling

 

Kandungan Staf

Kalendar

Aplikasi Pilihan


               

 

               

 


 

Hakcipta Terpelihara 2012 © Majlis Daerah Beluran
Terma & Syarat | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 7.0 & ke atas dan Mozilla Firefox 2.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768