| |
Sebagai
sebuah Kementerian yang bertanggungjawab dalam penyediaan pembangunan
infrastruktur kepada Negeri Sabah, fungsi utama Kementerian ini adalah
seperti berikut:-
Memberi keutamaan
kepada penyediaan sistem jalanraya yang terampil dan selamat digunakan,
samada di kawasan bandar ataupun luar bandar untuk pembangunan perindustrian,
pertanian, perhutanan dan perlancongan;
Menyediakan dan menyelenggara perkhidmatan keretapi sebagai salah satu
usaha ke arah meningkatkan pencapaian objektif sosioekonomi;
Menyediakan, membangunkan dan menaik taraf kemudahan-kemudahan pelabuhan;
Memberi keutamaan dalam menyediakan bekalan air bersih yang secukupnya
kepada kawasan-kawasan bandar;
Mempercepatkan penyediaan bekalan air secukupnya kepada kawasan-kawasan
luar bandar;
Menggalakkan sektor swasta mengambil bahagian dalam memberi khidmat pembekalan
untuk menampung keperluan air di kawasan bandar yang semakin meningkat;
Menyediakan sistem perparitan yang terkini dalam kawasan bandar dan memastikan
adanya penyelenggaraan yang sistematik secukupnya terhadap sistem pembentungan
najis sehinggalah khidmat berkenaan diambil alih oleh kuasa-kuasa tempatan;
Urusetia kepada Jawatankuasa Penyelarasan Kemudahan-kemudahan Awam;
Badan
Pengawalselia pelaksanaan Sistem Sesalur Sabah (Sabah Ducting System);
Mentadbir dan menyelaras aktiviti dan fungsi jabatan-jabatan dan badan-badan
berkanun berdasarkan kepada kepentingan negeri iaitu:-
1. Jabatan Kerja Raya
2. Jabatan Air Negeri Sabah
3. Jabatan Keretapi Negeri Sabah
4. Jabatan Pelabuhan dan Dermaga
5. Lembaga Pelabuahn-Pelabuhan Sabah
Perkara ini adalah
selaras dengan peruntukan-peruntukan berbagai undang-undang sebagaimana
yang dinyatakan berikut:-
1. Enakmen Lembaga Pelabuhan-Pelabuhan Sabah (No. 9 tahun 1967);
2. Ordinan Keretapi (Bab 116);
3. Ordinan Perkapalan Saudagar (No. 11 tahun 1960);
4. Ordinan Bekalan Air (No. 16 tahun 1961).
|