RANAU: Timbalan Ketua Menteri, Datuk
Seri Panglima Haji Yahya Hussin telah melawat Projek
Tagal Kampung Luanti Baru, kira-kira 19 kilometer
dari sini, baru-baru ini.
Menteri Pertanian dan Industri Makanan Negeri itu
turun padang bagi melihat sendiri keunikan ikan-ikan
sungai yang dikatakan mesra pengunjung.
Beliau diiringi oleh Setiausaha Politik kementerian,
Encik Victor Ng, Pengarah Jabatan Perikanan Negeri,
Encik Rayner Datuk Stuel Galid, Pengarah Jabatan Perkhidmatan
Haiwan dan Perusahaan Ternak Negeri, Datuk Haji Ag.Sahak
Haji Ag.Salleh, Ketua Penolong Pengarah (Principal
Assistant Director) Jabatan Perikanan Negeri, Encik
Jephrin Wong dan pegawai-pegawai kanan jabatan berkenaan.
Yahya telah diberi taklimat ringkas mengenai projek
tagal yang dilaksanakan di kampung itu oleh Pengerusi
Tagal Daerah Ranau, Encik Jefrin Majangki.
Yahya juga mengambil kesempatan turun ke dalam sungai
bagi merasai sendiri kejinakan dan kemesraan ikan-ikan
berkenaan.
Kembali...
|
Keunikan Projek Tagal
Kampung Luanti Baru telah berjaya menarik beribu orang
pelancong dari dalam dan luar negeri melawat ke kampung
itu setiap tahun. Projek Tagal kampung tersebut merupakan
pemenang anugerah “River Care Award 2006”.
Sistem tagal adalah satu sistem perkongsian pintar
(smart partnership) di antara masyarakat tempatan dengan
Jabatan Perikanan Sabah dalam hal perlindungan (protection),
pemuliharaan (reviving) dan pengurusan (management)
sumber perikanan sungai di Sabah.
Yahya optimis menerusi kerjasama dikalangan komuniti
tempatan dan Jabatan Perikanan, sumber perikanan sungai
di Sabah akan dapat dilindungi, dipulihara dan dituai
secara mapan serta tidak pupus.
“Sistem Tagal mampu melingungi dan memulihara
alam sekitar sungai, termasuk ekosistem, habitat ikan
dan perairan supaya tidak rosak dan tercemar termasuk
sumber perikanan sungai yang hamper pupus,” kata
Yahya.
|