KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima
Haji Yahya Hussin telah menerima kunjungan hormat
daripada Genting Plantations Berhad di pejabatnya
di Wisma Pertanian Sabah , Kota Kinabalu, hari ini.
Kunjungan itu diketuai oleh Ketua Pegawai Operasi
(Chief Operating Officer), Encik Yong Chee Kong dan
turut disertai oleh Ketua Pegawai Kewangannya (Chief
Financial Officer), Encik Tan Wee Kok.
Turut serta dalam kunjungan itu ialah pegawai dari
anak syarikat Genting Plantations Berhad iaitu Asiatic
Centre for Genome Technology Sdn.Bhd. Mereka terdiri
daripada Dr.Cheah Suan Choo (Chief Scientific Officer),
Ng Say Beng (Senior Vice Presiden-Finance) dan Dr.
Lee Chong He (Plant Breeder).
Kembali...
|
Hadir sama ialah Setiausaha
Tetap Kementerian Pertanian dan Industri Makanan Negeri,
Datuk Haji Ujang Sulani, Setiausaha Politik Kementerian,
Encik Victor Ng, Pemangku Pengarah Jabatan Pertanian
Sabah, Encik Idrus Shafie, Timbalan Pengarah Pertanian
(Penyelidikan), Encik Yong Lee Ming dan pegawai kanan
jabatan tersebut.
Kunjungan tersebut bertujuan untuk memberi taklimat
berhubung operasi Genting Plantations Berhad di Sabah
dan juga kerjasama (kolaborasi) antara Jabatan Pertanian
Sabah dengan anak syarikatnya iaitu Asiatic Centre for
Genome Technology Sdn.Bhd.
|