| YAHYA
RASMI SEMINAR KECERGASAN JABATAN PERTANIAN SABAH
Yahya
diperkenalkan kepada kontingen yang menyertai seminar
itu.
|
KOTA BELUD: Timbalan Ketua Menteri,
Datuk Seri Panglima Haji Yahya Hussin telah merasmikan
Seminar Kecergasan Jabatan Pertanian Sabah ke-16 di
padang Institut Pertanian Sabah , Timbang Menggaris,
hari ini.
Seminar 4 hari yang bermula 15 Jun hingga 18 Jun itu
disertai oleh kontinjen dari Zon Tawau, Pedalaman,
Utara, Kota Kinabalu, Selatan dan Sandakan.
Yahya yang juga Menteri Pertanian dan Industri Makanan
Negeri berkata, seminar yang bertemakan `Cergas dan
Cerdas Menjana Perkhidmatan Cemerlang’ merupakan
wadah terbaik bagi kakitangan Jabatan Pertanian menyemai
dan meningkatkan lagi semangat kerjasama, kekitaan,
kesamaan dan juga semangat berpasukan.
Katanya, Kerajaan amat prihatin dan komited untuk
melahirkan anggota-anggota perkhidmatan awam yang
sihat dan cergas, baik dari segi fizikal mahupun mental,
supaya kakitangan awam dapat memberikan perkhidmatan
yang cemerlang.
Justeru, beliau mahu pegawai kumpulan pengurusan dan
profesional dalam Jabatan Pertanian menggunakan kemudahan
pemeriksaan kesihatan yang disediakan oleh kerajaan
dengan menjalankan pemeriksaan secara berkala.
Kembali...
|
Yahya berkata, daripada
seramai 101 orang pegawai, hanya 4 orang menjalani pemeriksaan
kesihatan pada tahun 2006, 4 orang (2007) dan 9 orang
(2008)
”Angka tersebut jelas menunjukkan
bahawa tahap kesedaran tentang kesihatan dikalangan
kakitangan Jabatan Pertanian masih rendah. Ini amat
membimbangkan. Saya nasihatkan agar gunakanlah kemudahan
yang disediakan oleh kerajaan dengan mengadakan pemeriksaan
kesihatan setiap tahun,” tegasnya.
Turut hadir di majlis itu ialah Setiausaha Politik Kementerian
Pertanian dan Industri Makanan Negeri, Haji Mahlan Zinin
dan Encik Victor Ng, Pemangku Pengarah Jabatan Pertanian
Sabah, Encik Idrus Shafie, Timbalan Pengarah (Pengurusan)
Encik Hanafiah Haji Arsad dan jemputan lain.
|