KOTA BELUD: Timbalan Ketua Menteri,
Datuk Seri Panglima Haji Yahya Hussin telah mewakili
Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman
merasmikan penutupan perkhemahan Pasukan Kadet Bersatu
Malaysia (PKBM) peringkat kebangsaan 2009 di landasan
terbang, di sini, hari ini.
Perkhemahan itu disertai oleh lebih 500 pelajar sekolah
yang menyertai PKBM seluruh negara.
Yahya yang juga Menteri Pertanian dan Industri Makanan
turut menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan
yang diadakan sepanjang perkhemahan itu.
Kontingen Sabah unggul dengan memenangi piala pusingan
keseluruhan perkhemahan PKBM peringkat kebangsaan.
Sabah muncul johan bagi pertandingan merentas halangan
dan menembak.
Kembali...
|
Bagi pertandingan kawad,
johan dimenangi oleh kontingen Perak, pertandingan pandu
arah dimenangi oleh kontingen Pahang. Sementara Ketua
Platun Terbaik dimenangi oleh Kadet Sjn.Mohd.Fikri Zakaria
dari kontingen Negeri Perak.
Turut hadir di majlis itu ialah Pengarah Bahagian Seni,
Sukan dan Ko-Korikulum Kementerian Pelajaran Malaysia
, Encik Jame Alip, Panglima 5 Briged, Brig.Jen. Masrani
Paiman dan Timbalan Pengarah Pelajaran Sabah, Dr.Muhiddin
Yussin.
|