![]() |
||||||||||||||||
Penganjuran HPPNS adalah satu langkah kementerian ini untuk membangunkan sektor pertanian secara komersil serta merancakkan lagi kegiatan ekonomi negeri. HPPNS secara amnya telah menjadi satu medan perniagaan yang cukup penting untuk mencapai hasrat kerajaan dalam Dasar Pertanian Megeri Sabah Kedua (DPSN2) untuk merealisasikan 'PERTANIAN ADALAH PERNIAGAAN'.Perayaan kali ini agak berbeza daripada siri HPPNS yang lepas. Penglibatan lebih ramai lagi pihak swasta, intelek muda, para penyelidik, pelajar, badan-badan kerajaan, pengusaha-pengusaha sederhana dan kecil, serta orang awam yang bergiat langsung atau tidak langsung dalam sektor pertanian ini, dijemput hadir dan didedahkan dengan gagasan bahawa pertanian itu merupakan satu bidang kerjaya yang menjamin masa depan serta memberi keuntungan lumayan. Mereka juga akan didedahkan dengan teknik-teknik pertanian moden, teknologi terkini dalam lapangan, insentif--insentif kerajaan dalam memajukan sektor pertanian dan banyak lagi peluang-peluang yang boleh diterokai dalam industri pertanian bagi menjana ekonomi.Selaras dengan usaha kerajaan untuk menjadikan industri pertanian sebagai penjana ekonomi ketiga negara, HPPNS 2008 akan dijadikan sebagai pusat informasi yang memberi pendedahan tentang DPNS2 kepada kumpulan sasar supaya mereka dapat meningkatkan pengeluaran dan seterusnya menyumbang ke arah peningkatnan pendapatan. Ianya sekaligus dapat menambahkan hasil pengeluaran makanan dalam negeri, amnya dalam negara, bagi menampung keperluan makanan yang semakin meningkat setiap tahun. |
||||||||||||||||
|
MAJLIS PERASMIAN SAMBUTAN HARI PELADANG,PENTERNAK
DAN NELAYAN ********************* |
||||||||||||||||
| MAJLIS PENUTUPAN SAMBUTAN HARI PELADANG,PENTERNAK DAN NELAYAN
|
||||||||||||||||
![]() |
||||||||||||||||
"Pertanian Adalah Perniagaan" |
||||||||||||||||
Antara aktiviti-aktiviti yang diadakan ialah :-
|