SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB RASMI LEMBAGA SUKAN NEGERI SABAH
 
 
 
 
 
 
 
 

LATARBELAKANG & FUNGSI LEMBAGA SUKAN NEGERI SABAH

LATARBELAKANG


PENUBUHAN

Lembaga Sukan Negeri Sabah yang dahulunya dikenali sebagai Lembaga Sukan dan Kebudayaan atau LSKS pernah diwujudkan pada 01 September 1976 menurut Enakmen No. 13 Tahun 1976 tetapi oleh sebab-sebab yang tertentu Lembaga Sukan dan Kebudayaan Sabah dibekukan pada Disember 1978.

Lembaga Sukan dan Kebudayaan Sabah telah dihidupkan semula pada 01 Januari 1981 di bawah Enakmen No. 19 Tahun 1981. Seterusnya dengan adanya Enakmen baru ini, lembaga ini berfungsi semula di bawah naungan Kementerian Pembangunan Belia, Kebudayaan dan Kemajuan Sukan Negeri.

PEMISAHAN

Pada 31 Disember 1996, Lembaga Sukan Negeri Sabah dan Kebudayaan Sabah telah dipisahkan kepada dua entiti yang berasingan, masing-masing dikenali sebagai Lembaga Sukan Negeri Sabah dan Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah. Lembaga Sukan Negeri Sabah masih diwujudkan di bawah Enakmen No. 19 Tahun 1981.

 

FUNGSI
a)
Mentadbir dan menyelenggara Kompleks-kompleks Sukan;
b)


Membantu Kementerian Belia dan Sukan Negeri Sabah berkaitan dengan penyediaan program-program latihan dan keperluan teknikal untuk Sukan malaysia (SUKMA), Sukan Sabah (SAGA), SUKAN BORNEO, BIMP-EAGA dan lain-lain pertandingan sukan; dan
c)

Membantu Kementerian belia dan Sukan Negeri Sabah dalam semua pengurusan projek-projek pembangunan infrastruktur sukan baru.
MAKLUMAT TAMBAHAN
::..
Carta Organisasi LSNS
::..
Senarai E-mel Kakitangan
::..
Senarai No. Telefon & Faks
::..

Penerima Anugerah Khidmat Cemerlang
 
KADAR SEWA KEMUDAHAN
::..
KS Kota Kinabalu
::..
KS Penampang
::..
KS Kota Belud
::..
KS Tambunan
::..
KS Keningau
::..
KS Tenom
::..
KS Sandakan
::..
KS Tawau
::..
Asrama Kinabalu Hostel
::..
Asrama KS Keningau
::..
Asrama KS Sandakan
::..
Asrama KS Tawau
 

Sila sebarang maklumbalas mengenai laman web ini ke lsns@sabah.gov.my
Semua isi kandungan dalam laman web ini adalah hakcipta © Lembaga Sukan Negeri Sabah
PENAFIAN: Pentadbir dan operator laman web ini tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat yang terdapat di dalam laman web ini.