Okt 2017 - Usunan Siri VI

Date and Venue
Date: 
28/10/2017
Time: 
7.00 malam
Location: 
Perkarangan Tamu Kota Belud

Usunan atau Usungan dalam Bahasa Melayu dirujuk kepada alat seperti tandu yang digunakan untuk mengusung orang besar-besar (bangsawan atau kenamaan) dan dikelilingi oleh pengiring-pengiring untuk menuju ke satu tempat. Ia merupakan satu warisan budaya yang unik dan amat rapat dengan masyarakat di Kota Belud. Warisan ini diturunkan dari satu generasi dengan penuh ketertiban alat pemakaian dan kegunaannya.

Bagi membolehkan usunan ini berdaya saing untuk dijadikan sebagi ikon produk pelancongan berteraskan kebudayaan etnik setempat, keaslian dan ketertiban pemakainya hendaklah dipelihara, dipulihara dan dimartabatkan. Justeru, perarakan dan pertandingan yang diadakan di Daerah Kota Belud diharapkan dapat menjernihkan warisan budaya (usunan) yang telah berusia lebih daripada 300 tahun.

 

Untuk melihat lebih banyak gambar, sila ke laman galeri.
 

Last updated: Fri, 10/13/2017 - 11:02

Wisma Budaya Building, Tunku Abdul Rahman Road, Locked Bag 132, 88740 Kota Kinabalu, Sabah Malaysia.
Tel.: (+60)88 268890, (+60)88 268818, (+60)88 259457, Fax: (+60)88 264235, E-mail: sabahculturalboard@gmail.com

Copyright © 2012 Sabah Cultural Board.

Best viewed in any modern browser, preferably the latest Firefox or Chrome,
with minimum screen resolution 1024 x 768.

Designed and developed by Digital Heritage Sdn. Bhd.