Okt 2017 - Karya Pilihan Tahunan Negeri Sabah ke 32

Date and Venue
Date: 
13/10/2017

Karya Pilihan Tahunan Negeri Sabah ialah satu aktiviti pengembangan seni visual tahunan anjuran Balai Seni Lukis Sabah yang dipengerusikan oleh Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah di bawah naungan Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Sabah. Aktiviti tahunan ini melibatkan penyertaan dari para pelukis, pengukir, pengarca, perekabentuk dan sebagainya bagi menghasilkan karya-karya yang bermutu tinggi untuk dipilih, dipamer dan dikumpul sebagai koleksi dan khazanah Balai Seni Lukis Sabah dan Negeri.

Aktiviti ini bertujuan untuk menggalakkan penglibatan para artis bagi meningkatkan kuantiti dan kualiti karya seni visual tempatan di samping memupuk kepekaan masyarakat tempatan terhadap jurusan ini. Aktiviti ini yang telah dimulakan pada tahun 1985 dalam bentuk pertandingan seni lukis biasa telah menjalani proses evolusi yang menggalakkan dari segi konsep, skop, pendekatan dan sistem pelaksanaanya hinggalah membawa ke bentuknya pada hari ini. KPTNS dikendalikan pada setiap tahun sempena perayaan Hari Jadi Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Sabah dan pada tahun ini merupakan tahun ke 32 ia dilaksanakan.

 

Untuk melihat lebih banyak gambar, sila ke laman galeri.

Last updated: Mon, 02/13/2017 - 07:56

Visitor Number

since 7 June 2012

Wisma Budaya Building, Tunku Abdul Rahman Road, Locked Bag 132, 88740 Kota Kinabalu, Sabah Malaysia.
Tel.: (+60)88 268890, (+60)88 268818, (+60)88 259457, Fax: (+60)88 264235, E-mail: sabahculturalboard@gmail.com

Copyright © 2012 Sabah Cultural Board.

Best viewed in any modern browser, preferably the latest Firefox or Chrome,
with minimum screen resolution 1024 x 768.

Designed and developed by Digital Heritage Sdn. Bhd.