Dec 2017 - Sunduan Do Nunuk Ragang Edisi VI

Date and Venue
Date: 
02/12/2017
Time: 
7.00 pm
Location: 
Dewan Ranau, Sabah
  1. PENGENALAN

Sejarah awal kewujudan kaum Dusun dikatakan wujud melalui cerita lisan iaitu melalui kisah Nunuk Ragang. Masyarakat Dusun mempercayai bahawa nenek moyang mereka berasal dari satu tempat yang bernama Nunuk Ragang yang bermakna “Pohon Ara berwarna merah”. Tempat tersebut terletak di satu kawasan hulu Labuk yang pada masa sekarang terletak di Daerah Ranau.

Nunuk Ragang dikatakan terletak di sekitar muara pertemuan dua batang sungai iaitu Sungai Kogibangan (arah kiri) dan Sungai Kawananan (arah kanan) dan bercantum menjadi sungai yang lebih besar iaitu Sungai Liwogu (dalam dan tenang). Terdapat banyak lembaga yang memenuhi bawah pohon, tebing sungai dan sepanjang juntaian akar nunuk sungai-sungai ini mengalir ke arah timur Ranau dan juga Tambunan. Sungai-sungai ini memainkan peranan penting sebagai laluan utama perpindahan beramai-ramai masyarakat Dusun ke seluruh pelusuk tempat di Negeri Sabah.

 

  1. LATAR BELAKANG PENGANJURAN SUNDUAN DO NUNUK RAGANG

Atas kesedaran pihak kementerian dan Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah, satu Program Sunduan Do Nunuk Ragang dirancang dan di laksanakan di Daerah Ranau bagi memperingati lagenda suku kaum Dusun di daerah Ranau khususnya dan memberi pendedahan kepada generasi baru  tentang cerita legenda lisan ini agar terus diingati dan diketahui umum. Diharapkan dengan penganjuran program ini, dapat menyemarakkan lagi semangat masyarakat setempat tentang kewujudan dan cerita legenda Nunuk Ragang ini.

 

  1. OBJEKTIF PENGANJURAN                                                                                                                                                         

3.1     Memberi pendedahan kepada generasi dan masyarakat setempat tentang lagenda dan cerita rakyat Nunuk Ragang;

3.2     Menjadikan Sunduan Do Nunuk Ragang sebagai ikon kebudayaan di Daerah Ranau;

3.3     Memperkenalkan daerah Ranau sebagai destinasi pelancongan yang menarik melalui Sunduan Do Nunuk Ragang; dan,

3.4     Membuka ruang dan peluang kepada pelancong dari dalam dan luar negara untuk memahami keunikan, keindahan dan variasi budaya etnik Dusun.

 

  1. PERASMIAN SUNDUAN DO NUNUK RAGANG

Sunduan Do Nunuk Ragang kali yang ketiga ini akan diadakan di Pekan Daerah Ranau. Tarikh Perasmian

Tarikh : Disember 2015

Masa   : 7.00 malam

Tempat: Pekan Daerah Ranau

Perasmi: Y.B. Datuk Seri Panglima Masidi Manjun,  Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam sekitar Negeri Sabah

 

  1. PENGANJUR SUNDUAN DO NUNUK RAGANG

Sunduan Do Nunuk Ragang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Sabah melalui anjuran bersama Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah dengan kerjasama Pejabat Daerah Ranau.

Jawatankuasa Induk bagi Sunduan Do Nunuk Ragang dipengerusikan bersama oleh Datu Rosmadi Datu Sulai, Pengurus Besar Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah dan Tuan Haji Faimin Kamin, Pegawai Daerah Ranau.

 

  1. ACARA/PROGRAM SUNDUAN DO NUNUK RAGANG

6.1     Pengisian / acara-acara Sunduan Do Nunuk Ragang adalah seperti berikut.

          Tempat: Pekan Daerah Ranau

  1. Majlis Perasmian
  2. Konsert hiburan pentas
  3. Persembahan Kumpulan
  4. Karnival Nunuk Ragang
  5. Kenduri Adat
  6. Pameran dan Jualan Makanan Tradisi dan Kraftangan

 

Last updated: Fri, 06/09/2017 - 15:02

Wisma Budaya Building, Tunku Abdul Rahman Road, Locked Bag 132, 88740 Kota Kinabalu, Sabah Malaysia.
Tel.: (+60)88 268890, (+60)88 268818, (+60)88 259457, Fax: (+60)88 264235, E-mail: sabahculturalboard@gmail.com

Copyright © 2012 Sabah Cultural Board.

Best viewed in any modern browser, preferably the latest Firefox or Chrome,
with minimum screen resolution 1024 x 768.

Designed and developed by Digital Heritage Sdn. Bhd.