|
SEBAB-SEBAB KEJAYAAN/KEGAGALAN PELAKSANAAN
DASAR:
KEJAYAAN
i.
Program Penanaman
a.
Tanam Semula dengan Klon Lateks Balak
Antara faktor-faktor kejayaan dalam
melaksanakan penanaman semula dengan klon lateks balak mengikut sasaran
yang diluluskan adalah seperti berikut :
·
Minat dan permintaan daripada pekebun
kecil;
·
Projek dilaksanakan secara berkelompok
dan bukan secara individu dimana kerja-kerja penanaman, penyelenggaraan dan
teknologi baru diguna pakai.
·
Infrastruktur yang tersedia;
·
Pelaksanaan aktiviti-aktiviti mengikut
prosidur yang ditetapkan; dan
·
Kakitangan yang terlatih, berpengalaman
dan dedikasi.
b.
Tanam Baru dengan Klon Lateks Balak
Penanaman baru dengan klon lateks balak telah
berjaya mencapai sasaran yang diluluskan adalah disebabkan oleh beberapa
perkara seperti berikut;
·
Minat dan permohonan para pekebun kecil
untuk membangunkan kawasan-kawasan baru yang dipohon daripada Kerajaan;
·
Pelaksanaan aktiviti-aktiviti mengikut
prosidur yang ditetapkan; dan
·
Kakitangan yang terlatih, berpengalaman
dan dedikasi.
ii.
Program Skim
Penempatan Getah
Faktor-faktor yang
mendorong kepada kejayaan Skim Penempatan Getah ialah
·
Sambutan yang menggalakkan untuk menjadi
peserta;
·
Penyediaan infrastruktur dan
kemudahan-kemudahan asas di perkampungan skim;
·
Pelaksanaan aktiviti-aktiviti mengikut
prosidur yang ditetapkan; dan
·
Kakitangan yang terlatih, berpengalaman
dan dedikasi serta pengurusan skim yang cekap.
iii.
Program Latihan
Semua
program latihan telah berjalan dengan jayanya seperti yang dijadualkan. Ini
adalah kerana adanya sokongan dan kerjasama daripada semua pegawai dan
kakitangan di daerah-daerah yang telah menghantar pelatih mengikut jadual
yang ditetapkan.
Sebahagian
besar daripada pelatih telah menggunakan latihan yang diperolehi untuk
mengusahakan dan memajukan kebun-kebun mereka dengan jayanya.
iv.
Program Pusat
Pemprosesan Getah Berkelompok
Sebahagian
besar daripada program pemprosesan getah secara berkelompok dapat
dijalankan dengan jayanya kerana kepingan-kepingan getah yang dibeli oleh
LIGS adalah diproses di pusat-pusat ini.
Matlamat pengawalan mutu kepingan bermula dari tahap ini juga
berjaya mengeluarkan kepingan yang bermutu.
v.
Program Semaian dan
Pembekalan
Sasaran
bagi aktiviti-aktiviti di bawah program ini telah tercapai malahan terlebih
capai. Terdapat beberapa faktor yang
menyumbang ke kejayaan ini seperti berikut
·
Permintaan program penanaman getah LIGS;
·
Permintaan daripada jabatan-jabatan lain
dan orang awam;
·
Harga benih yang berpatutan.
vi.
Program
Kegiatan-kegiatan Komersial
Kegiatan-kegiatan
komersial dapat dijalankan dengan jaya kerana sebab-sebab seperti berikut
·
Infrastruktur dan kemudahan yang sedia
ada;
·
Sistem pengurusan yang sistematik;
·
Pengurusan dan kakitangan yang terlatih,
berpengalaman, dedikasi serta bertanggungjawab.
KEGAGALAN
Sehingga kini, semua program yang telah diluluskan
telah dilaksanakan dengan baik dan jayanya.
|