Sabah, Malaysia

 

Hot LInks

 

L.I.G.S.

 Organisasi

 

Dasar

 

Strategi Pelaksanaan Dasar

 

Program Dan Projek bagi Merealisasikan Strategi 

 

 

 

Nama Organisasi

 

LEMBAGA INDUSTRI GETAH SABAH

 

Wawasan

 

Pewujudan Industri Getah Yang Moden, Berdaya Maju dan Dinamik.

 

Objektif

 

Ditubuhkan melalui Enakmen Lembaga Tabung Getah 1950 (Cap. 131) dan Ordinan Tabung Tanam Semula Perusahaan Getah  (Cap. 170) 1954, Lembaga Industri Getah Sabah(terdahulunya dikenali sebagai Lembaga Tabung Getah Sabah) mempunyai objektif-objektif berikut;

 

a.       meningkatkan produktiviti dan pendapatan pekebun kecil;

 

b.    memindah teknologi baru kepada para pekebun kecil untuk menambah pengetahuan dalam bidang agronomi dan pemprosesan;

 

c.    menggalakkan para petani yang mengamalkan pertanian pindah randah/para penggangur untuk meningkatkan produktiviti dan pendapatan;

 

d.     mewujudkan kemudahan pemprosesan dan pemasaran untuk pekebun kecil;

 

e.      menggalakkan pewujudan industri hiliran berasaskan produk dan kayu getah.

 

 

Fungsi Utama

 

Kegiatan-kegiatan utama LIGS terbahagi kepada dua (2) iaitu sosio-ekonomi dan komersial.

a.     Kegiatan Sosio-Ekonomi

 

   Kegiatan sosio-ekonomi dilaksanakan melalui program-program;

 

i.        Program Penanaman Getah dan Lain-Lain Jenis Tanaman

 

menanam semula getah tua dengan  klon lateks balak yang bermutu tinggi;

 

menanam  baru getah dengan klon lateks balak;

 

menanam semula kawasan getah tua dengan pelbagai jenis tanaman bernilai tinggi mengikut kesesuaian kawasan atau “terrain” selaras dengan Dasar Pertanian Negara.

 

 

ii.                 Program Torehan Intensiti Rendah (LITS)

 

menoreh kebun getah matang yang terbiar.

 

iii.               Program  Skim Penempatan Getah (SPG)

 

menempatkan para petani yang tidak memiliki tanah atau pemilik tanah yang tidak ekonomik untuk menetap di Skim-Skim Penempatan Getah sebagai peneroka.

 

iv.               Program Latihan

 

melatih peserta baru dalam industri getah.

 

 

Program Pusat Pemprosesan

 

memberi perkhidmatan pemprosesan getah pekebun kecil.

 

 

 

b.     Kegiatan Komersial

 

i.                   Program Semaian dan Pembekalan

 

menghasilkan pelbagai bahan tanaman untuk dibekalkan kepada para pekebun kecil.

 

Program Pembelian

 

membeli susu getah atau lateks dari kawasan tanaman  berkelompok serta kepingan daripada pekebun kecil di seluroh Sabah.

 

iii.               Program Pemprosesan ke SMR

 

kemudahan pemprosesan ke Standard Malaysian Rubber (SMR).

 

iv.               Program Ujian Contoh Getah

 

pengendalian makmal ujian contoh getah.

 

v.       Program Pemasaran

 

mengendalikan jualan getah ke pasaran antarabangsa dan tempatan.

 

 

 

 

 

 

 

 [ Maklumat Organisasi ] [ Pencapaian ] [ Hubungi Kami ]



 

Send E-mail to ltgshq@ltgshq.po.my with questions or comments about this web site
Copyright © 2002 Sabah Rubber Industry Board
Last modified: May 20, 2005