Sabah, Malaysia

 

Hot LInks

 

L.I.G.S.

 Organisasi

 

Dasar

 

Strategi Pelaksanaan Dasar

 

Program Dan Projek bagi Merealisasikan Strategi 

 

  

 

STRATEGI PELAKSANAAN DASAR

 

a.     Dasar  Penanaman Baru dan Semula dengan Getah dan Lain-Lain Jenis Tanaman

 

Dasar Penanaman Getah dilaksanakan melalui tiga (3) program iaitu:

 

·         Program Tanam Semula dengan Getah

·         Program Tanam Baru dengan Getah

·         Program Tanam Semula dengan Lain-lain Jenis Tanaman

 

b.     Dasar Torehan Intensiti Rendah (LITS)

 

Seluas 2,000 hektar getah matang di merata daerah di Sabah telah dikenalpasti untuk ditoreh melalui kaedah LITS. Sebagai permulaan,  seluas 150 hektar getah telah diluluskan untuk ditoreh melalui teknik LITS bagi tahun 2002.

 

 

c.     Dasar Skim Penempatan Getah

 

Bagi melaksanakan dasar ini,  Lembaga Industri Getah Sabah telah dipertanggungjawabkan untuk mengendalikan lima ( 5 ) Skim Penempatan Getah iaitu:

 

·         SPG Tuaran

·         SPG Mendulong, Sipitang

·         SPG Lagud Sebrang (Tenom)

·         SPG Kuala Tomani  (Tenom)

·         SPG Tulid, Keningau

 

Sehingga kini, jumlah keluasan SPG ialah 8,011 hektar.  Seluas 7,890 hektar telah dibangunkan dimana 4,914 hektar telah mengeluarkan hasil.

 

 

d.     Dasar Latihan

 

Pelaksanaan dasar latihan diadakan melalui dua (2) cara – dalaman (in-house) dan luaran (in-situ).  Lembaga telah membina satu kompleks latihan di Tuaran untuk melatih pekebun kecil.  Penekanan latihan meliputi kaedah-kaedah penanaman getah yang betul, kemahiran menoreh dan memproses getah.  Penekanan yang sama juga diambil apabila latihan-latihan in-situ dikendalikan.

 

 

 

e.     Dasar Pemprosesan Getah Berkelompok

 

Kebun-kebun pekebun kecil yang menyertai penanaman getah berkelompok akan diserah balik selepas tamat tempoh pemiliharaan iaitu apabila pokok getah sudah mencapai tahap kematangan dan boleh ditoreh.  Pusat Memproses Getah Berkelompok dibina di kawasan-kawasan blok agar hasil getah dapat diproses kepada kepingan getah. Sebanyak 40 buah Pusat Memproses Getah Berkelompok (PMGB)  yang telah memanfaatkan seramai 330 pekebun kecil telah dibina pada RMKe-8.

 

 

f.      Dasar  Semaian dan Pembekalan

 

Bagi melaksanakan dasar ini, sebanyak tiga (3) semaian bibit dan empat (4) semaian buah-buahan telah didirikan di lokasi-lokasi berikut:

 

·         Semaian Tuaran, Tuaran           bibit getah dan buah-buahan

·         Semaian Kabang, Papar          -  bibit getah sahaja;

·         Semaian Pansailon, Tenom        bibit getah sahaja;

·         Semaian Pamalan, Keningau      buah-buahan sahaja;

·         Semaian Limbawang, Beaufort –  buah-buahan sahaja;

·         Semaian Ulu Kimanis, Papar      buah-buahan sahaja.

 

Pembekalan dan penjualan bibit getah kepada pekebun kecil dan orang awam dikendalikan oleh Semaian Tuaran sahaja.

 

 

g.  Dasar Pembelian

 

Kemudahan pemasaran kepada pekebun kecil di seluruh negeri juga diadakan melalui unit-unit pembelian getah yang telah ditubuhkan.  Pada masakini sebanyak lapan (8) unit pembelian yang beroperasi di daerah-daerah berikut:

 

·         Tuaran    

·         Beaufort

·         Keningau

·         Tenom

·         Kota Belud

·         Tamparuli

·         Tawau

·         Kota Marudu

 

Di kawasan dimana perkhidmatan ini tidak dapat diberikan oleh LIGS, lapan (8) agen-agen telah dilantik untuk mengendalikan pembelian.       

 

 

h.     Dasar Pemprosesan Getah SMR

 

Pemprosesan getah ke pelbagai Gred SMR dilaksanakan melalui kilang-kilang getah yang dimiliki LIGS sepenuhnya ataupun secara usahasama iaitu

 

i.       Kilang SMR

 

·         Tuaran Crumb Sdn Bhd – anak syarikat milik penuh

·         Tenom Crumb Sdn Bhd – usahasama dengan Golden Hope

                            Plantation Sdn Bhd

 

ii.                 Kemudahan Lateks Pekat di Tuaran

 

iii.               Beaufort Specialty Rubber Sdn Bhd – subsidiari milik penuh LIGS yang mengeluarkan getah khusus  untuk pasaran “niche” (contoh: MG, SP, PA)

 

 

i.       Dasar Ujian Contoh Getah

 

Ujian contoh getah dilaksanakan di Makmal SMR yang telah dibina di Putatan. Makmal ini juga telah mendapat Sijil Akredetasinya dari Lembaga Getah Malaysia. Keupayaan Ujian unit masa kini adalah sejumlah 400 sampel sehari.

 

 

j.      Dasar Pemasaran 

 

Pasaran getah SMR  ke luar negeri dan juga dalam negeri  dikendalikan oleh Bahagian Pemasaran LIGS.

 

 

 

 

 

 

 [ Maklumat Organisasi ] [ Pencapaian ] [ Hubungi Kami ]



 

Send E-mail to ltgshq@ltgshq.po.my with questions or comments about this web site
Copyright © 2002 Sabah Rubber Industry Board
Last modified: May 20, 2005