|
DASAR LIGS
Dasar-Dasar
Sokongan - Peringkat Lembaga
i.
Dasar Penanaman Baru dan Semula dengan Getah
dan Lain-Lain Jenis Tanaman
Objektif/Matlamat
Dasar:
Memperkukuhkan
kedudukan serta mempertahankan industri getah di Sabah
dengan menggalakkan penghasilan pokok-pokok getah bermutu tinggi demi menjamin para pekebun kecil
memperolehi pendapatan yang lumayan dan stabil. Dasar Penanaman Getah juga adalah untuk
menggalakkan pewujudan industri hiliran berasaskan kayu getah dan produk
getah.
Membantu
para pekebun kecil menanam pelbagai jenis tanaman bernilai tinggi sebagai
sumber kewangan alternatif selain daripada getah, mengikut kesesuaian
kawasan atau “terrain”
sejajar dengan Dasar Pertanian Negara.
ii. Dasar
Torehan Intensiti Rendah (LITS)
Objektif/Matlamat
Dasar:
Mempergiatkan
semula kawasan getah matang yang terbiar dan meningkatkan produktiviti
penorehan agar lebih banyak kawasan boleh ditoreh serta perolehan
pendapatan dapat ditingkatkan melalui teknik baru. Ia juga memberi peluang
pekerjaan kepada pekebun kecil.
iii.
Dasar Skim Penempatan Getah
Objektif/Matlamat
Dasar:
Menempatkan mereka
yang di luar yang tidak memiliki tanah, para petani yang mengamalkan
pertanian pindah randah dan juga petani-petani yang bergantung kepada
pertanian sebagai sumber pencarian mereka.
Ia juga merupakan
pusat bekalan bahan mentah kepada kilang-kilang getah yang dimiliki Lembaga
secara sepenuhnya atau bersekutu.
iv.
Dasar Latihan
Objektif/Matlamat
Dasar:
Latihan yang diberikan
kepada para pekebun kecil di dalam semua aspek penanaman getah secara
dalaman (in-house) dan di
kebun-kebun getah pekebun kecil (in-situ)
diharap dapat memperlengkap mereka tentang pengurusan kebun yang baik.
Hasil latihan yang diberikan juga diharap akan dapat menambah peluang
pekerjaan kepada mereka yang baru berkecimpung dalam industri getah.
v.
Program Pemprosesan Getah
Berkelompok
Objektif/Matlamat
Dasar:
Perkhidmatan
Pusat-pusat Memproses Getah Berkelompok (PMGB) yang ditubuhkan
bertujuan mengatasi masalah
pemprosesan getah pekebun kecil di kawasan-kawasan terpencil.
vi.
Dasar Semaian dan
Pembekalan
Objektif/Matlamat
Dasar:
Membekal
bibit getah cantuman muda berpolibeg untuk tanaman di blok berkelompok,
skim-skim penempatan getah dan sektor awam.
Ia
juga bertujuan untuk membekalkan berbagai bahan tanaman kepada pekebun
kecil di bawah skim subsidi dan sebagai jualan tunai kepada pekebun
kecil/perseorangan. Jualan tunai bertujuan memenuhi matlamat biayai-sendiri
atau “self-financing”
unit ini.
vii. Dasar Pembelian
Objektif/Matlamat
Dasar:
Perkhidmatan pembelian
lateks dan kepingan termasuk kentalan dan sekerap di blok-blok dan dari
pekebun-pekebun kecil memastikan bahawa hasil getah mempunyai saluran
pemasaran.
viii.
Dasar Pemprosesan ke SMR
Objektif/Matlamat
Dasar:
Memberi serta
menawarkan perkhidmatan pemasaran
dan pendapatan yang tinggi serta
stabil kepada pekebun-pekebun kecil. Memproses lateks, kepingan,
kentalan dan sekerap kepada pelbagai gred getah SMR untuk dieksport.
ix.
Dasar Ujian Contoh Getah
Objektif/Matlamat
Dasar:
Menyediakan kemudahan
untuk ujian getah jenis SMR yang
dihasilkan oleh kilang-kilang getah SMR serta membantu memelihara mutu
getah yang dihasilkan.
x. Dasar Pemasaran
Objektif/Matlamat
Dasar:
Memudah cara pemasaran getah SMR pelbagaian
gred ke pasaran antarabangsa serta di pasaran tempatan.
|