PERUTUSAN PEGAWAI EKSEKUTIF

Assalamualaikum W.B.T dan Salam Sejahtera. Selamat Datang Ke Portal Rasmi Lembaga Bandaran Kudat (LBK). Laman sesawang LBK ini dibangunkan untuk kemudahan orang ramai terutamanya penduduk daerah Kudat bagi memudahkan penyampaian maklumat mengenai jabatan ini. Ia juga bertujuan supaya orang ramai memahami fungsi dan tanggungjawab sebenar LBK. Disamping itu, laman web ini dibangunkan untuk rujukan masa hadapan bagi generasi akan datang yang semakin mencabar lebih-lebih lagi di zaman teknologi maklumat dan komunikasi.