053142
Hari Ini :
Kelmarin :
Minggu Ini :
Minggu Lalu :
Bulan Ini :
Bulan Lalu
Keseluruhan :
122
314
850
50848
2544
5961
53142
Terima Kasih Kerana Melawat Laman Sesawang Kami 3.94.129.211
13-12-2019

Soalan Lazim

SOALAN LAZIM

1. Apa itu cukai kadaran?

Cukai kadaran adalah cukai yang dikenakan keatas harta yang terletak di dalam kawasan perkadaran Lembaga Bandaran Kudat yang diperuntukan oleh Ordinan Kerajaan Tempatan 1961 dibawah bahagian 10 hingga bahagian 12.

 

2. Mengapa cukai kadaran dikenakan?

Cukai kadaran dikenakan bagi membiayai :-

  • Pembinaan dan Penyelenggaraan Kemudahan Awam seperti dewan orang ramai, tandas awam, perhentian bas, padang permainan kanak-kanak dan tempat rekreasi, pasar dan sebagainya. Pembersihan kawasan perumahan/perniagaan, kilang, taman - taman dan tempat-tempat awam.
  • Pembinaan dan penyelenggaraan infastruktur seperti jalan, parit, longkang dan sebagainya.
  • penyediaan dan penyelenggaraan infrastruktur seperti jalan, parit, longkang dan sebagainya.
  • pembangunan Kawasan Lembaga Bandaran Kudat.

Kesemua ini adalah untuk kesejahteraan rakyat khususnya penduduk - penduduk kawasan Lembaga Bandaran Kudat.

 

3. Bilakah cukai kadaran patut dibayar?

Cukai kadaran boleh dibayar 4 kali setahun iaitu :-

  • Suku Tahunan pertama diantara 1 Januari hingga 31 Mac.
  • Suku Tahunan Kedua di antara 1April hingga 30 Jun.
  • Suku Tahunan Ketiga di antara 1 Julai hingga 31 September.
  • Suku Tahunan Ke Empat di antara 1 Oktober hingga 31 Disember.

 

4. Apakah yang terjadi jika tidak menjelaskan cukai kadaran dalam tempoh bayaran tersebut?

  • Denda 2% dari tunggakan akan dikenakan pada setiap suku.
  • RM 4.00 akan dikenakan untuk notis pemberian bagi setiap suku.
  • Tindakan Mahkamah.

 

5. Apakah yang perlu dibuat sekiranya bil tidak diterima?

Anda boleh datang sendiri atau menghubungi Lembaga Bandaran Kudat dalam tempoh pembayaran dengan membawa butir - butir harta atau salinan resit lama yang pernah dibayar.

 

6. Apakah yang perlu dibuat jika anda telah menjual / menukar milik / mewariskan bangunan / tanah?

  • Memaklumkan kepada Lembaga Bandaran Kudat.
  • Sertakan salinan geranhakmilik yang mempunyai nama pembeli atau perjanjian jual beli.
  • Sertakan salinan resit cukai kadaran yang terkini.
  • Seksyen 98, Ordinan Kerajaan Tempatan 1961 sebarang tunggakan cukai kadaran ke atas sesuatu hartanah perlulah dijelaskan, terlebih dahulu sebelum sebarang urusan pindah milik dilakukan.

 

7. Apakah cara pembayaran yang boleh diterima ?

  • Tunai
  • Cek
  • Kad Kredit Utama
  • Kad Debit Mastercard
  • Online Banking ( JoomPay)

 

8. Apakah itu hartanah berkadar?

Selaras dengan seksyen 72, Ordinan Kerajaan Tempatan 1961, hartanah merujuk kepada "Immovable Property" yang didefinisikan sebagai termasuk tanah, faedah yang diperolehi dari tanda dan benda - benda yang terlekat dengan tanah atau dipasang secara kekal ke atas mana - mana benda yang terletak dengan tanah.

 

9. Jenis hartanah yang dikenakan cukai kadaran?

  • Hartanah Kediaman ( rumah teres, banglo, rumah pangsa, kondominium, rumah kedai dan lain - lain).
  • Hartanah Komersial ( Kedai, pejabat, kompleks membeli belah, hotel, stesen minyak dan lain - lain).
  • Hartanah Industri ( Kilang, bengkel, loji dan jentera).
  • Tanah Kosong.

 

10. Siapa yang dikenakan cukai kadaran?

Selaras dengan seksyen 82, Ordinan Kerajaan Tempatan 1961, setiap pemilik hartanah haruslah membayar cukai kadaran melainkan hartanah - hartanah yang dikecualikan kadaran seperti yang dinyatakan di bawah seksyen 73, Ordinan Kerajaan Tempatan.

 

11. Bagaimanakah pengiraan Cukai Kadaran?

Nilai Kadaran Hartanah X Peratus (%)

Kadaran Yang Dikenakan = Jumlah Cukai yang perlu dibayar

 

12. Apa itu Nilai Berkadar Hartanah ?

Nilai kadar hartanah atau Nilai tahunan didefinisikan sebagai sewa tahunan yang secara munasabah boleh diperolehi dari sesuatu hartanah jika pemilik hartanah tersebut bertanggungjawab keatas bayaran - bayaran lain yang perlu untuk

13. Apakah tanggungjawab seorang pembayar cukai kadaran?

  • Memberitahu kepada LBK tentang pemindahan atau penukaran hakmilik hartanah yang boleh dikenakan cukai kadaran.
  • Memberitahu kepada LBK mengenai bangunan yang dirobohkan.
  • Melengkapkan dan mengembalikan borang-borang yang dihantar oleh LBK berkaitan cukai kadaran.
  • Membenarkan kakitangan LBK membuat pemeriksaan ke atas hartanah untuk tujuan cukai kadaran.
Polisi LBK

Dasar Privasi

Dasar Keselamatan

Peta Laman

Khidmat Pelanggan

Soalan Lazim

 

 

Notis Penafian : Lembaga Bandaran Kudat tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman sesawang ini.

 
Tarikh Akhir Dikemaskini : 23 Oktober 2019

 Hubungi Kami Di :-

 

 

 

Lembaga Bandaran Kudat,

Peti Surat 201,

89057, KUDAT.

Talian Am   : 088-624600 /088-624601

Faksimile    : 088-613002

Sebarang aduan, cadangan dan persoalan bolehlah dihantar melalui email di This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.