Kegiatan Ekonomi


Kegiatan utama ekonomi daerah Kudat tertumpuh kepada sektor pertanian. Seluas 54,723 Hektar adalah kawasan tanah yang sesuai untuk pertanian. Daripada jumlah terebut dianggarkan lebih kurang 32,960 hektar telah diusahakan untuk pelbagai tanaman yang berorientasikan tanaman jangka pendek dan jangka panjang. Sektor perikanan juga memaikan peranan utama dimana ianya penyumbang kedua terbesar selepas pertanian. Sektor ini dilihat semakin berkembang dengan wujudnya beberapa kilang yang mengusahakan industri perikanan. Hasil perikakan kebanyakkannya di eksport ke negara-negara luar seperti Taiwan, Jepun, Hong Kong dan lain-lain lagi.