Identiti dan Budaya

Sebut  saja orang Rungus, ia sinonim dengan Kudat yang terkenal dengan gelaran The Tip Of Borneo atau hujung tanduk Sabah. Di sinilah letaknya Tanjung Simpang Mengayau iaitu salah satu daripada pusat pelancongan popular di barat Laut Kepulauan Borneo yang menyaksikan pertemuan arus laut Sulu dan Laut China Selatan.Sambil menyaksikan lautan lepas, badai ombak memukul pantai serta menikmati tiupan angin Negeri di Bawah Bayu, Simpang Mengayau memang sesuai sekali untuk dikunjungi bagi menyegarkan fikiran atau memupuk rasa kasih sayang sesama manusia dengan alam semula jadi.Ribuan penduduk tempatan di Kudat terdiri daripada suku kaum Rungus yang kaya dengan adat tradisi, budaya dan sejarah. Pakaian tradisional Rungus memang unik dan rumah panjangnya mempunyai ukiran tersendiri.

 

 

 

1.

Adat

:-  Sogit

2.

Bangunan

:-  Rumah Panjang

3.

Bunga

:-  Bunga Raya

4.

Haiwan

:-  Kerbau, Kuda.

5.

Juadah

:-  Ubi, terung bakar (tinunuvan soguntung)

6.

Kuih-muih

:-  Tinopis Runti, Bintanok

7.

Lagu

:-

8.

Lambang

:-

9.

Masakan

:-  Ubi, terung bakar (tinunuvan soguntung)

10.

Minuman

:- Tapai.Tuak kelapa

11.

Muzik

:-  Kulintangan Gong

12.

Pakaian

:-  Sukolob, banat tapi

13.

Permainan

:-  bersabung ayam,mimbinti,mimpurung

14.

Senjata

:-  sumpit, lembing