Zon Bebas Asap Rokok (BAR)

 

Pewartaan Zon Bebas Asap Rokok (BAR) Di Esplaned Sidek Kudat akan dilaksanakan pada penghujung bulan Disemberr 2018 dengan kerjasama antara Jabatan - Jabatan Kerajaan seperti Kementerian Kesihatan Malaysia, Pejabat Daerah Kudat, Lembaga Bandaran Kudat, Agensi - Agensi NGO dan Swasta dan banyak lagi.

 

Tujuan utama kenapa kawasan esplaned sidek kudat dipilih sebagai kawasan Zon Bebas Asap Rokok ( BAR ) adalah kerana kawasannya  menjadi tumpuan rakyat kudat dan pengunjung untuk beriadah berikutan banyak kemudahan awam yang disediakan di kawasan ini. Antara kemudahan - kemudahan awam yang disediakan adalah seperti gerai-gerai makan, taman permainan, pentas persembahan , tandas awam dan surau. 

 

Visi kami dalam menjayakan Zon Bar ini adalah untuk menjadikan Bandar kudat ke arah bandar yang sejahtera, terancang dan berbudaya dimana objektif utama kami adalah untuk :-

  1. Melindungi hak golongan bukan majoriti bukan perokok daripada ancaman pencemaran udara oleh asap rokok ( terutamanya wanita dan kanak-kanak )
  2. Menggalakkan tidak merokok sebagai amalan cara sihat dikalangan masyarakat daerah kudat.
  3. Mewujudkan jalinan kerjasama antara agensi kerajaan, agensi bukan kerajaan dan pemilik/pengusaha premis.
  4. Menjadikan daya tarikan pelancong.

Selain itu juga Lembaga Bandaran Kudat telah bekerjasamana dengan Kementerian Kesihatan Malaysia untuk melaksanakan dan menguatkuasakan keseluruh premis makanan dan restoran di bandar kudat sebagai Zon Bebas Asap Rokok. Kriteria premis bebas asap rokok ini akan dijadikan sebagai salah satu syarat yang patut dipatuhi semasa membuat permohonan dan pembaharuan lesen perniagaan oleh semua pengusaha restoran dan premis makanan.

 

Adalah menjadi tanggungjawab para pengusaha restoran dan premis makanan untuk mematuhi peraturan dan syarat baru yang dikuatkuasakan ini dimana :-

  1. Pengusaha restoran dan premis makanan hendaklah memaklumkan kepada pelanggan yang merokok / hendak merokok bahawa premis tersebut adalah zon bebas asap rokok.
  2. Tidak menyediakan apa-apa kemudahan untuk merokok seperti astray/ bekas habuk rokok , bilik merokok atau ruang merokok kepada pelanggan.

Kerjasama penuh daripada pelanggan dan pengusaha premis makanan dan restoran haruslah diberikan ketika pegawai kesihatan yang bertugas melakukan pemantauan di premis Tuan/Puan. Untuk maklumat lanjut sila layari laman facebook Zon Bebas Asap Rokok Bandar Kudat melalui pautan di bawah ini.

KUDAT SEJAHTERA

Polisi LBK

Dasar Privasi

Dasar Keselamatan

Peta Laman

Khidmat Pelanggan

Soalan Lazim

 

 

Notis Penafian : Lembaga Bandaran Kudat tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman sesawang ini.

 
Tarikh Akhir Dikemaskini : 23 Mei 2019

 Hubungi Kami Di :-

 

 

 

Lembaga Bandaran Kudat,

Peti Surat 201,

89057, KUDAT.

Talian Am   : 088-624600 /088-624601

Faksimile    : 088-613002

Sebarang aduan, cadangan dan persoalan bolehlah dihantar melalui email di This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.