LATAR BELAKANG LEMBAGA BANDARAN KUDAT

 

 Lembaga Bandaran Kudat ditubuhkan dibawah Ordinan Kerajaan Tempatan 1961 ( No. 11 Tahun 1961) pada 02 Januari 1962 dengan nama Majlis Daerah Kudat ( Kudat District Council ). Sebelum dari tarikh tersebut ( 1962 ) semua Pihak Berkuasa Tempatan dikenali sebagai Sanitary Board ( Kudat Sanitary Board ). Bagaimanapun, melalui Enakmen Lembaga Bandaran Kudat ( Pertukaran Taraf ) 1982 dan Suratcara Lembaga Bandaran Kudat 1982 yang berkuatkuasa pada 01 Januari 1983 , Majlis Daerah Kudat dinaiktaraf kepada Lembaga Bandaran Kudat.

Semasa bertaraf Majlis Daerah Kudat , kuasa yang diberikan meliputi Daerah Kecil Banggi, Pekan Sikuati, Matunggung, Kota Marudu dan Tandek.

 Pada awal penubuhan Majlis Daerah Kudat ianya beroperasi dibangunan Pejabat Daerah Kudat. Pada sekitar akhir tahun 1975, apabila Dewan Tun Mustapha (ketika itu Dewan Masyarakat Kudat) siap dibina secara rasminya Pejabat Majlis Daerah Kudat berpindah ke Pejabat baru hingga kini.

Kawasan Daerah Kudat dibahagikan kepada empat (4) bahagian iaitu :-

 

Bahagian Bandar (kawsan Percukaian

2,667 ekar

Bahagian Bandar

21,887 ekar

Bahagian Desa

293,531 ekar

Bahagian Laut

172,800 ekar


Lembaga Bandaran Kudat diketuai oleh Pesuruhjaya merangkap Pegawai Daerah Kudat dan dianggotai seramai 20 orang ahli yang dilantik oleh Kementerian Kerajaan Tempatan Dan Perumahan. Ahli-ahli yang dilantik adalah bertanggungjawab ke atas hal-hal yang berkaitan dengan dasar-dasar Lembaga serta terlibat dalam proses membuat keputusan.