Piagam Pelanggan

Piagam Pelanggan LBK

 

  1. Memberi perkhidmatan yang berkualiti adil, cekap dan beramanah dengan mengamalkan layanan 4s ( Senyum, Salam, Sabar & Sopan ).
  2. Mengutamakan kepentingan awam dari kepentingan peribadi.
  3. Melaksanakan dan menguatkuasakan semua undang – undang kecil dan peraturan – peraturan demi menjamin pengawalan pembangunan yang teratur dan alam sekitar yang bersih serta indah.
  4. Memproses dan meluluskan semua jenis permohonan lesen pelan, mengurus semua pembayaran dan penerimahan dengan cepat dan cermat tertakluk ianya memenuhi semua keperluan yang ditetapkan.
  5. Menyiasat dan mengambil tindakan serta aduan yang diterima dalam masa yang berpatutan / munasabah.
  6. Berusaha untuk memperbanyakkan kemudahan awam dan projek sosio ekonomi untuk dinikmati bersama.
  7. Berusaha menjayakan segala program kerajaan yang disalurkan kepada Lembaga Bandaran Kudat dengan penuh komitment.
  8. Mewujudkan budaya kerja yang cemerlang dengan menyumbang segala tenaga dan daya fikir kepada usaha mengangkat martabat Lembaga ke tahap yang berdaya maju dan lebih bersaing.
  9. Berusaha memastikan ia bebas daripada sebarang unsur – unsur negatif yang menjatuhi dan menjejaskan imej Lembaga.