Logo

Logo LBK yang direka cipta ini mempunyai maksudnya yang tersendiri iaitu:

 

SIMBOL

MAKSUD

Bentuk Bulatan & Nama Jabatan

Penyatuan yang erat sesama kakitangan dalam memberi kerjasama yang padu kepada Lembaga Bandaran Kudat bagi meningkatkan nama baik Daerah Kudat selaras dengan Misi dan Visinya.

Gunung Kinabalu

Teras kekuatan dan kemegahan seluruh warga Sabah dan tidak terkecuali juga daerah Kudat sebahagian daripada tema industri pelancongan.

Pokok Kelapa Bercabang Tiga

Kelapa adalah sumber yang banyak dan utama dalam sektor pertanian Kudat. Pokok Kelapa tiga cabang menggambarkan keunikan spesisnya.

Laut

Kawasan laut adalah potensi yang tinggi khususnya sumber perikanan malah menjadi sumber pekerjaan penduduk tempatan amnya.

Pemilihan Warna Hijau

Daya tarikan alam semulajadi yang menjadi inspirasi kepada pencinta alam untuk meningkatkan pemuliharaan dan pengindahan secara berkekalan (sustainability).