Kami warga Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah komited untuk memberi perkhidmatan kepada pelanggan dengan penuh iltizam, dedikasi dan berintegriti :

Memastikan cadangan program peningkatan ekonomi dan ameniti desa diterima dari pejabat daerah lengkap dan diproses untuk diperakukan dalam masa 10 hari.

Membentangkan kertas kerja berhubung program kemajuan industri desa di mesyuarat dalam tempoh 30 hari dari tarikh permohonan pejabat daerah yang lengkap diterima.

Mengeluarkan waran peruntukan dalam tempoh 7 hari selepas cadangan diluluskan.

Memastikan semua perbelanjaan yang dikenakan adalah sah, mengikut peraturan-peraturan kewangan dan perakaunan yang berkuatkuasa.

Memproses dan mengeluarkan perlantikan anggota jawatankuasa kemajuan dan keselamatan kampung (JKKK) dan jawatankuasa kemasyarakatan bandar (JKDB) yang mematuhi syarat dan peraturan-peraturan yang ditetapkan serta dokumen yang lengkap dalam tempoh 30 hari bekerja.

Setiap cadangan pengujudan kampung sejahtera yang diterima lengkap, diproses dan diluluskan dalam tempoh 2 minggu.

Memastikan keselamatan data, aplikasi, rangkaian dan fizikal pada tahap terbaik sepanjang masa dalam tempoh 1 hari selepas masalah dikenalpasti atau selepas masalah dilaporkan.

Memastikan sumber manusia yang mantap, berintegriti dan diurus selaras dengan peraturan-peratuaran yang berkuatkuasa.

Memastikan maklumbalas kepada pertanyaan dan aduan pelanggan diambil tindakan dalam tempoh tujuh 7 hari berkerja daripada tarikh penerimaan.

Pengunjung

Hari Ini 19

Kelmarin 48

Minggu Ini 695

Bulan Ini 1574

Jumlah Pengunjung 29810