Dengan terlaksananya Laman Web ini, bermakna satu lagi saluran disediakan bagi membolehkan semua pengguna memperoleh maklumat berkaitan aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah (KPLBS).  Laman web ini akan sentiasa dikemaskini selaras dengan hasrat dan dasar kerajaan untuk menyebarkan maklumat dan menyediakan perkhidmatan dalam talian dengan berkesan.

Sejajar dengan kemajuan dan keperluan serta kepelbagaian pembangunan ICT menerusi program dan aktitvti ICT, Laman Web ini akan dapat memberi impak yang positif kepada sistem penyampaian secara langsung dan tidak langsung.  Justeru itu, ia diharap akan membawa Kementerian ini lebih dekat dengan rakyat serta mempermudahkan urusan dengan jabatan dan agensi kerajaan secara on-line.

Adalah diharapkan Laman Web ini akan memberi manfaat kepada semua pengguna untuk mendapatkan maklumat secara umum khususnya mengenai program serta aktiviti yang telah, sedang dan akan dilaksanakan demi menjadikan kawasan luar bandar di Sabah lebih maju, menarik dan menguntungkan.  InsyaAllah, dengan komitmen dan kerjasama yang erat dan berterusan oleh semua lapisan masyarakat, usaha kerajaan untuk mensifarkan kemiskinan tegar menjelang akhir RMKe-9 akan dapat dicapai.

 

ABU BAKAR HJ. ABDUL LATIP .
SETIAUSAHA TETAP, 
KEMENTERIAN PEMBANGUNAN LUAR BANDAR SABAH.

Pengunjung

Hari Ini 19

Kelmarin 48

Minggu Ini 695

Bulan Ini 1574

Jumlah Pengunjung 29810