Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah berperanan sebagai Penggerak Utama dalam menjadikan kawasan luar bandar sabah satu kawasan yang produktif, menarik, maju dan menguntungkan dengan memberi fokus kepada lubuk-lubuk pembasmian kemiskinan.

Kementerian memberi tumpuan kepada peningkatan pendapatan dan kualiti hidup golongan miskin memlalui program-program seperti berikut :

.: Program Pembasmian Kemiskinan :.
Membasmi kemiskinan terutama golongan miskin tegar dikalangan masyarakat luar bandar melalui Program Peningkatan Ekonomi, Program Peningkatan Kualiti Hidup dan Pembangunan Modal Insan.

.: Peruntukan Khas :.
Membangunkan kawasan luar bandar dengan pelaksanaan projek kemudahan awam dan kesejahteraan rakyat.

.: Program Pembangunan Kecil Luar Bandar :.
Membangunkan prasarana/kemudahan asas di kawasan luar bandar.

.: Program Ameniti Dan Ekonomi Desa :.
Membangunkan kampung-kampung yang mempunyai kadar kemiskinan yang tinggi serta kemudahan awam yang daif melalui Program Kampung Sejahtera.
Melestarikan alam sekitar di kawasan luar bandar melalui program penganjuran kursus Alam Sekitar kepada golongan sasar.

.: Program Pembangunan Usahawan Desa :.
Meningkatkan pendapatan golongan sasar melalui aktiviti keusahawanan.

.: Program Satu Daerah Satu Produk :.
Meningkatkan pendapatan golongan sasar melalui aktiviti/projek ekonomi hiliran nilai tambah.

.: Program Pembangunan Masyarakat :.
Menyelaras Pentadbiran Badan JKKK/JKDB Negeri Sabah.
Membangunkan wanita luar bandar melalui kursus seperti Kursus Kemahiran Jahitan.

Pengunjung

Hari Ini 3

Kelmarin 33

Minggu Ini 315

Bulan Ini 839

Jumlah Pengunjung 42939