MINI ESTET SEJAHTERA (MESEJ)

Konsep Mini Estet Sejahtera (MESEJ)

  • Pembangunan tanah kerajaan seluas 100 hektar (minima) untuk tanaman getah atau kelapa sawit. Bagi MESEJ Akuakultur tertakluk kepada kawasan sesuai yang mencukupi bagi pembangunan projek akuakultur seperti rumpai laut, ikan dalam sangkar/kolam, balat (sea cucumber) dan lain-lain yang mempunyai nilai komersil.
  • Pembangunan kawasan petempatan seluas 20 hektar meliputi rumah peserta, kemudahan asas dan ameniti sosial dan kegiatan ekonomi sampingan.
  • Kawasan MESEJ diwartakan di bawah Seksyen 28 Ordinan Tanah Negeri (geran tanah tidak dikeluarkan kepada peserta). 
  • Objektif utama meningkatkan pendapatan golongan miskin tegar secara sustainable disamping menikmati peningkatan kualiti hidup.
  • Bagi MESEJ Pertanian (sawit dan getah) operasi diurus melalui Akaun Amanah manakala bagi MESEJ Akuakultur dan MESEJ Bersepadu pula, diwujudkan Koperasi sebagai satu badan yang mengurus hasil pendapatan peserta.
  • Peserta terlibat bekerja di ladang dan menerima upah disamping menerima dividen apabila ladang mula mencapai keuntungan operasi.
  • MESEJ Akuakultur menampung lebih ramai peserta (tertakluk kepada jenis aktiviti dan jumlah penduduk setempat).
  • MESEJ Bersepadu melibatkan pelbagai kegiatan ekonomi utama, contohnya penternakan itik, burung walit dan sebagainya secara berkelompok.
  • Bagi kawasan-kawasan yang lebih kecil MESEJ Mikro diwujudkan berdasarkan kegiatan ekonomi yang sesuai dengan mempunyai kemudahan yang sama.
  • Program Mini Estet Sejahtera (MESEJ) bermula pada tahun 2004 dan setakat ini sebanyak 52 buah MESEJ telah siap dan sedang dilaksanakan merangkumi 34 MESEJ Pertanian, 6 MESEJ Akuakultur, 9 MESEJ Mikro dan 3 MESEJ Bersepadu.
  • MESEJ dilaksanakan oleh agensi-agensi kerajaan negeri seperti Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah, Lembaga Industri Getah Sabah dan pejabat-pejabat daerah dengan nasihat pakar agensi pembimbing yang berkaitan.
  • Lokasi-lokasi MESEJ Negeri Sabah klik di sini.

 

MESEJ PERTANIAN
BIL LOKASI TANAMAN
1. Kinosolodon, Papar.  Getah
2. Kinosolodon Tengah, Papar. Getah
3. Minikodong, Matunggong. Getah
4. Ulu Patian, Kemabong. Getah
5. Ungga, Kemabong. Getah
6. Kelanyaan, Tenom. Getah
7. Mangkalias, Tenom. Getah
8. Montenior, Beaufort. Getah
9. Montenior2, Beaufort. Getah
10. Kotud, Kota Marudu. Getah
11. Lanung, Tongod. Getah
12. Timpangoh Laut, Penampang. Getah
13. Kaingaran, Tambunan. Getah
14. Salinatan, Nabawan. Getah
15. Binantungan Suyad, Kota Marudu. Getah
16. Taburan, Kota Belud. Getah
17. Sungai Laba, Pulau Sebatik, Tawau. Kelapa Sawit
18. Bunang 1, Keningau. Kelapa Sawit
19. Liawan (Bunang 2), Keningau. Kelapa Sawit
20. Bingkor (Bunang 3), Keningau. Kelapa Sawit
21. Balat, Kinabatangan. Kelapa Sawit
22. Labang, Sepulot, Nabawan. Kelapa Sawit
23. Labang Sepulot 2, Nabawan. Kelapa Sawit
24. Ulu Binsulok, Membakut. Kelapa Sawit
25. Sapang, Kunak. Kelapa Sawit
26. Lumiri, Sook. Kelapa Sawit
27. Lumiri 2, Sook. Kelapa Sawit
28. Lumiri 3, Sook. Kelapa Sawit
29. Mansalu, Ranau. Kelapa Sawit
30. Banting, Sipitang. Kelapa Sawit
31. Tukar, Pitas. Kelapa Sawit
32. Lihak-Lihak, Semporna. Kelapa Sawit
33. Abai, Kinabatangan. Kelapa Sawit
34. Grama, Beaufort. Kelapa Sawit

 

MESEJ AKUAKULTUR
BIL LOKASI AKTIVITI
 1.  Pangi, Kunak. Rumpai Laut/Ikan Dalam Sangkar/Balat
 2.  Panimbawan, Tuaran. Tiram
3. Pulau Sakar, Lahad Datu. Rumpai Laut
4. Nala, Tungku. Rumpai Laut/Ikan Baulu
5. Lok Butun, Semporna. Rumpai Laut
6. Pulau Jambongan, Paitan, Beluran.  Ternakan Balat

 

MESEJ MIKRO PERTANIAN DAN MESEJ MIKRO AKUAKULTUR
 BIL LOKASI AKTIVITI
1. Barambangon, Kudat. Getah 
 2.  Malalia, Sipitang. Kelapa Sawit 
3. Tabatu, Paitan. Getah
4. Apin-Apin, Keningau. Getah
5. Ligit-Ligitan, Semporna. Rumpai laut
6. Nabahan, Weston, Beaufort. Udang Galah
7. Kuala Gum-Gum, Sandakan. Ketam Bakau/Nipah
8. Mangkapon Laut, Pitas. Balat
9. Tampakan, Kudat. Balat

 

MESEJ BERSEPADU
BIL LOKASI AKTIVITI
1. Sarap Siampak, Menumbok. Burung Walit/ Itik Penelur
2. Kiandut, Pitas. Burung Walit
3 Perpaduan Ria, Kudat. Burung Walit